Sekarang Tak Sesuai PRU, Saya Tak Tawar Diri Tapi Sedia Jadi PM Sekali Lagi – Mahathir

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Sekarang bukan masa yang sesuai untuk pilihan raya diadakan memandangkan negara sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut bekas perdana menteri itu, antara kekangan utama mengadakan pilihan raya seperti sebelum ini adalah proses berkempen dan berhimpun yang sudah tentu tidak dibenarkan pada waktu ini bagi mengelakkan penularan wabak berlaku.

Kerajaan juga jelas beliau memerlukan wang yang banyak kerana pilihan raya memerlukan perbelanjaan yang besar.

Namun Dr Mahathir mendakwa ada pihak yang akan menderita sekiranya Perikatan Nasional (PN) tidak mahu mengadakan pilihan raya.

“Ada yang kata kita harus segerakan PRU, ada juga yang kata kalau majoriti yang ditunjukkan mereka dapat kecik (sikit) mereka akan lengahkan PRU.

“Tapi pada masa ini negara tidak sedia untuk mengadakan pilihan raya. Kita tidak boleh keluar berkempen, tidak boleh berhimpun, tidak boleh lakukan semua yang kita lakukan ketika pilihan raya,” katanya di Yayasan Kepimpinan Persana semalam.

Ditanya adakah Tun masih mahu menawarkan dirinya sebagai Perdana Menteri, beliau berkata keprihatinannya menggalas jawatan itu berdasarkan keperluan dan jika masih diperlukan untuk menjalankan khidmat kepada negara.

“Saya tidak tawar diri saya, tapi saya melihat kepada tugas untuk negara saya bukan untuk diri saya. Saya tidak tertarik kepada kepentingan kekayaan peribadi saya.

“Tapi jika ada yang rasa saya perlu bertugas saya sedia, tidak terlalu lama, saya sudah lebih 90 tahun. Berapa bulan lagi saya ada?” tambahnya.

Sekiranya Pakatan Harapan berjaya untuk kembali menjadi kerajaan sekali lagi, kata Dr Maharhir, pembersihan terhadap kerajaan dan badan-badan yang berkaitan perlu dilakukan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat