Tiga Nama Calon Pengarang Urusan Media Prima

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Siapa yang bakal mengisi kekosangan jawatan Pengarang Urusan di rangkaian televisyen Media Prima masih menjadi teka teki.

Hingga kini pihak pengurusan rangkaian televisyen swasta itu masih mengambil pendekatan mengunci mulut dan belum mengeluarkan sebarang pengumuman rasmi mengenainya.

Terbaharu, sumber dalaman Media Prima mendedahkan terdapat tiga nama yang telah disenarai pendek bagi mengantikan Firdaus Abdullah yang telah meletakkan jawatannya.

Mereka ialah Ketua Integrasi, Komersial dan Multimedia NSTP, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman dan Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak.

Ahmad Zaini memulakan kerjaya sebagai wartawan kadet Bernama pada 1984, sebelum menyertai Berita Harian pada 1991. 

Berpengalaman selama 36 tahun dalam bidang kewartawanan termasuk menjadi Ketua Biro Negeri, Penolong Editor Berita, Ketua Editor Berita, dan Pengarang Eksekutif BH.

Manakala Aziz Ishak merupakan bekas Ketua  Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia sebelum akhbar tersebut dihentikan penerbitan tahun lalu. 

Semalam Suara Tv melaporkan bekas Penolong Ketua Pengarang Akhbar Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan merupakan calon pilihan untuk menerajui bahagian berita kumpulan Media Prima. 

Pencarian mengisi jawatan tersebut dibuat berikutan Firdaus Abdullah  diarahkan untuk meletakan jawatan ekoran campur tangan yang ‘melampau’ terhadap kandungan bahan penyiaran stesyen televisyen swasta itu.

Selain itu Firdaus juga didakwa ‘menyerang’ pegawai kanan media Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi ciapan di dalam Twitter.

Tindakan tersebut dianggap tidak profesional sebagai seorang pengamal media arus perdana.

Penulis blog yang rapat dengan Tun Dr Mahathir itu dilantik ke jawatan tersebut sejurus sebelum pertukaran kerajaan Pusat pada Mac lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat