DAP Mahu Mahathir, Anwar Bekerjasama Lawan Muhyiddin dan Najib

Saya Akan Akan Cabar Proklamasi Darurat Di Mahkamah – Anwar Ibrahim

CYBERJAYA: Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan akan mencabar Proklamasi Darurat  yang telah diwartakan kerajaan di mahkamah. Katanya, baru-baru ini beliau telah mengumumkan tentang...

Isytihar Darurat Tak Jejas Keyakinan Pelabur – Azmin

KOTA TINGGI - Pelaksanaan darurat yang pernah dilaksanakan sebelum ini seperti di Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri Bugaya, Sabah, terbukti tidak menjejaskan...

Masih Ada Yang Berdegil Cuba Rentas Negeri

KUALA LUMPUR - Biarpun rentas negeri dan daerah tidak dibenarkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, masih ada dalam kalangan rakyat negara ini yang...

3,339 Kes Baru Covid-19, Selangor Catat Jangkitan Tertinggi Harian

KUALA LUMPUR - Sejumlah 3,339 kes baharu COVID-19 dilaporkan di negara ini dalam tempoh 24 jam lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham...

Kerajaan Sepatutnya Isytihar Darurat Kesihatan – Mohamad Hasan

CYBERJAYA - Mengisytiharkan darurat kesihatan dan memperkenalkan ordinan khusus bagi tujuan tersebut merupakan langkah terbaik yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan, kata Timbalan Presiden UMNO,...

SHAH ALAM – Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bekerjasama melawan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong berkata, sekiranya kedua-dua pemimpin itu tidak bekerjasama, jumlah kerusi dimiliki Pakatan Harapan dan sekutunya (PH Plus) akan berpecah.

Menurutnya, selain Dr Mahathir dan Anwar, Parti Warisan Sabah (Warisan) yang dipimpin oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut memainkan peranan penting dalam gabungan tersebut.

“Pakatan Harapan (PH) mempunyai 91 kerusi selepas pembelotan Ahli Parlimen Lubok Antu, Tambat Jugah Muyang. Bersama kumpulan Bersatu yang menyokong Dr Mahathir dan dua ahli Parlimen Bebas pro-Mahathir, PH Plus kini memegang 109 kerusi.

“Apa lebih penting, mengelakkan perpecahan dan menstabilkan 109 kerusi itu. Tidak kira sama ada Dr Mahathir atau Anwar yang akan menjadi calon Perdana Menteri,” katanya menerusi laman sesawang liewchintong.com, hari ini.

Menurut bekas Timbalan Menteri Pertahanan itu, kedudukan Muhyiddin akan terancam sekiranya PH Plus yang terdiri daripada tiga komponen iaitu PH, Warisan dan kumpulan Dr Mahathir berjaya mempertahankan jumlah kerusi tersebut.

Ujarnya, DAP memahami kepentingan penyatuan kekuatan antara Dr Mahathir dan Anwar.

“Kita mesti bersedia untuk pilihan raya umum (PRU). Sekiranya kita sudah bersiap sedia, kita mungkin dapat menangkisnya kerana pihak lawan juga takut kalah PRU. DAP mesti mengelak daripada dijadikan ‘bogeyman’ oleh pihak lawan yang mahu meningkatkan ketegangan kaum.

“Bagi mengelakkan lawan kita memanipulasi sentimen perkauman untuk berkuasa, DAP perlu melakukan lebih banyak lagi dengan berada di barisan hadapan bagi memimpin dalam mempromosikan perpaduan nasional,” katanya.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Henti hangatkan isu kartel daging haram

Oleh: RAMLY HASSAN ISU kartel daging haram menjadi topik hangat perbincangan masyarakat ketika ini. Bukan sahaja ia diperkatakan oleh jabatan netizen sebaliknya, isu tersebut kini...

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Berita Berkaitan