PRK DUN Chini: Proses Penamaan Calon Bermula

- Advertisement -

PEKAN – Proses penamaan calon untuk pilihanraya kecil DUN Chini, bermula jam 8 pagi setelah pusat penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dibuka.

1. BN telah mengumumkan Mohd Shahrim Md Zin, 41 tahun sebagai calon dalam PRK kali ini. Beliau merupakan seorang ahli perniagaan, anak jati Chini dan datang dari generasi kedua peneroka Felda Chini

2. Pembangkang tidak menamakan calon tapi setakat ini, seorang calon bebas telah menyatakan hasrat untuk bertanding. Beliau ialah Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64 yang juga seorang ahli perniagaan. Difahamkan beliau akan menggunakan logo Rumah

3. Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) untuk mengekang penularan pandemik COVID-19 yang melanda dunia, PRK kali ini ‘mencipta sejarah’, apabila bakal menyaksikan kebiasaan baharu dalam perjalanan pilihan raya di negara ini.

4. Proses penamaan itu akan bermula pada 9 pagi dengan bakal calon diberi tempoh sejam sehingga 10 pagi untuk mengemukakan borang pencalonan. Hanya calon, pencadang dan penyokong sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam pusat penamaan calon.

5. Pegawai Pengurus PRK Datuk Zaliza Zulkipli akan mengumumkan nama calon yang layak bertanding, dijangka pada 11 pagi.

6. PRK kali ini mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) baharu, untuk mengelakkan berlaku ‘kluster pilihan raya’, dalam keadaan negara sudah semakin berjaya mengawal penularan wabak itu.

7. Antara SOP yang diperkenalkan SPR itu, penyokong parti dilarang berada di pusat penamaan calon selain tiada perarakan atau perhimpunan dibenarkan, berlainan daripada kebiasaan PRK yang meriah dengan sorakan dan laungan daripada penyokong parti dan calon yang bertanding. Penyokong calon dan parti hanya boleh berada 1.5 kilometer dari pusat penamaan calon bagi menjaga jarakan sosial.

8. Kakitangan Kementerian Kesihatan merupakan agensi penting pada PRK kali ini, dengan kehadiran mereka di pusat penamaan calon sebagai persediaan, sekiranya terdapat calon, penyokong, atau pencadang, mempunyai gejala COVID-19 sebagai langkah berwaspada.

9. PRK ke-11 sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini akan menjadi ‘ujian pertama’ buat kerajaan Perikatan Nasional, sejak terbentuk pada Februari lalu, selain kesinambungan kerjasama Muafakat Nasional antara UMNO dan PAS, yang mula terbentuk sejak PRK Parlimen Cameron Highlands.

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat