Wakil Rakyat Boleh Beri Sumbangan Ketika PKP, Tapi Perlu Ikut SOP

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Semua wakil rakyat dibenar menyampaikan sumbangan kepada penduduk di kawasan masing-masing ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata setiap wakil rakyat perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, termasuk tidak mengadakan program secara besar-besaran.

“Wakil rakyat adalah antara individu atau kumpulan dibenar bertugas seperti jabatan kerajaan yang masih menjalankan tugas mereka.

“Wakil rakyat tugas mereka adalah menjaga kepentingan rakyat di kawasan masing-masing, jadi mereka dibenar tapi masih tertakluk kepada SOP ditetapkan, tidak boleh melakukan perjumpaan besar-besaran, jamuan besar-besaran juga tidak dibenarkan,” katanya ketika sidang media harian di Perdana Putra.

Katanya, wakil rakyat juga tidak perlu keluar dengan rombangan besar ketika menyampaikan sumbangan.

“Cukuplah 2 atau 3 orang sahaja ikut rombangan mereka untuk memberi sumbangan dan sebagainya, tapi adalah lebih baik wakil rakyat guna mereka yang berada di barisan hadapan seperti Rela dan sebagainya,” katanya sambil memaklumkan setiap wakil rakyat, ahli Parlimen dan Adun diberi garis panduan SOP ketika menyampaikan bantuan.

Mengulas isu VIP yang didakwa melanggar PKP, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk melakukan siasatan dan mengambil tindakan.

Ismail berkata polis telah melakukan siasatan dan memanggil VIP yang terlibat di mana gambarnya viral termasuk dari kalangan pemimpin kerajaan.

“Tidak ada sesiapa terlepas daripada undang undang.

”Tidak betul tuduh kata ada perbezaan dari segi tindakan polis kepada mereka yang ingkar PKP kalau mereka itu dari pihak kerajaan, tindakan kepada mereka yang langgar PKP kita serah kepada polis,” katanya.

Sebelum ini tular gambar wakil rakyat yang turun padang menyampaikan bantuan ketika PKP sehingga dilabel melanggar arahan kerajaan untuk kekal berada di rumah.

Malah terdapat juga gambar mereka yang didakwa melanggar PKP dengan tidak mengamalkan penjarakkan sosial.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat