Engkar PKP: Timbalan Menteri ‘Confirm’ Bangang Kata Bung Mohktar

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar Radin tampil sebagai pemimpin BN terbaru yang mengkritik Timbalan Menteri Kesihatan, Noor Azmi Ghazali yang gagal mematuhi prosedur operasi piawai (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Tak faham aku, kalau kata tak bijak tak patut, kalau orang kata bangang mungkin ya.

“Hari-hari kita berkata jangan buat perkumpulan jangan makan ramai-ramai, jangan keluar rumah, dia buat juga.

“Confirm bangang,” ciapnya di Twitter hari ini.

Beliau berkata demikian apabila seorang pengguna dengan nama @akifshabalala memintanya mengulas gambar beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang gagal mematuhi SOP PKP.

Pengguna tersebut pada masa sama berkongsi hantaran yang dimuat naik oleh Adun DAP Young Syefura Othman.

Selain Noor Azmi, gambar beberapa pemimpin daripada PN melakukan lawatan dan menikmati hidangan makanan beramai-ramai dikongsi secara meluas di media sosial sejak beberapa hari lalu dan mengundang banyak kritikan.

Antaranya exco kerajaan negeri Perak, Razman Zakaria dilihat menikmati makanan secara berkumpulan dalam satu majlis.

Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin sebelum ini turut menyifatkan Noor Azmi sebagai tidak menunjukkan teladan yang baik.

Semalam, Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata tiada sesiapa yang boleh mengatasi undang-undang dengan melanggar PKP.

“Untuk sesiapa sahaja, saya dah sebutkan, tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang. Itu asasnya.

“Jadi saya difahamkan sudah ada tiga laporan polis yang telah pun dilakukan,” kata Ismail.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat