China Perlu Tanggung Akibat Jika Jadi Punca Penularan Covid-19 – Donald Trump

- Advertisement -

WASHINGTON – Presiden Donald Trump memberi amaran bahawa China akan menanggung akibat jika didapati bertanggungjawab terhadap penularan wabak koronavirus.

“Ia sepatutnya dihentikan di China sebelum ia merebak, tetapi ia tidak berlaku seperti itu dan kini seluruh dunia menderita,” kata Trump dalam taklimat di White House.

Amaran itu merupakan perang kata-kata antara dua kuasa terbesar ekonomi dunia susulan rasa tidak puas hati Amerika Syarikat ke atas Beijing dalam menangani penularan Covid-19.

“Jika ia merupakan satu kesilapan, kesilapan tetap kesilapan. Tetapi jika mereka sengaja bertanggungjawab, ya, maksud saya, maka pasti ada akibatnya,”kata Trump.

Namun, beliau tidak menjelaskan tentang tindakan yang mungkin diambil oleh Amerika Syarikat.

Trump telah menuduh China kurang telus selepas koronavirus melanda Wuhan pada akhir tahun lalu.

Trump juga mempersoalkan mengenai makmal virologi Wuhan yang dilaporkan oleh Fox News yang didakwa mungkin bertanggungjawab mencetuskan koronavirus sebagai sebahagian daripada usaha China untuk menunjukkan kemampuannya memerangi virus.

Malah, Trump berkata, pentadbirannya sedang berusaha untuk mengenal pasti sama ada virus itu berasal dari makmal China.

Sejak Februari, Institut Virologi Wuhan yang disokong oleh negara China menolak khabar angin bahawa virus itu mungkin disebabkan secara buatan pada salah satu makmalnya atau mungkin dibawa keluar dari kemudahan tersebut.

Presiden Amerika Syarikat itu turut melahirkan keraguan terhadap jumlah kematian China, yang disemak semula pada hari Jumaat.

China mengatakan seramai 1.300 orang yang meninggal akibat koronavirus di Wuhan – separuh daripada jumlah itu tidak dikira.

Setakat ini, Amerika Syarikat merekodkan jumlah kes koronavirus terbesar di dunia, dengan lebih daripada 720,000 jangkitan dan lebih dari 37,000 kematian.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat