Pentadbiran Trump Bersedia Jual Senjata Secara Besar-Besaran Ke Taiwan

- Advertisement -

WASHINGTON – Menurut sumber kongres dan pentadbiran, Presiden Donald Trump dijangka akan segera meluluskan penjualan senjata secara besar-besaran termasuk dron ke Taiwan. Langkah itu dilakukan ketika AS dan Taiwan memperkuat hubungan dan di tengah meningkatnya ketegangan antara Washington dan Beijing.

AS sedang bersiap untuk menjual tujuh pakej sistem senjata ke Taiwan, kata seorang pembantu kongres kepada CNN, tetapi tidak mengatakan dengan jelas bila Kongres akan dimaklumkan secara resmi mengenai penjualan itu, seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang.

Seorang pegawai AS berkata, pentadbiran negara itu akan segera meluluskan penjualan dron MQ-9B Reaper secara besar-besaran. Nilai dron dan peralatan serta sokongan program yang berkaitan dianggarkan sekitar $600 juta (RM 2.5 billion).

“Secara dasar, kami tidak memberi komen atau mengesahkan cadangan penjualan atau pemindahan sistem pertahanan sehingga perkara itu diberitahu secara rasmi kepada Kongres,” kata jurucakap Jabatan Negara.

Pentagon enggan mengulas mengenai cadangan penjualan tersebut.

Washington telah lama menjual senjata ke pulau itu berdasarkan syarat-syarat Akta Perhubungan Taiwan yang telah berusia 40 tahun.

Beijing kecewa dengan penjualan tersebut, dan menganggapnya sebagai pelanggaran kedaulatan China. Kerajaan Komunis negara itu memandang Taiwan sebagai sebahagian wilayahnya, walaupun kedua-duanya diperintah secara terpisah sejak berakhirnya perang saudara berdarah pada tahun 1949.

Tetapi terdapat peningkatan penjualan senjata ke Taiwan semasa pemerintahan Trump ketika AS semakin rapat dengan negara itu.

Pentadbiran Trump sebelumnya telah meluluskan beberapa penjualan senjata utama ke Taiwan yang bernilai lebih dari $13 bilion (RM 53 billion) keseluruhan, termasuk puluhan jet pejuang F-16, kereta kebal M1A2T Abrams, peluru berpandu anti-pesawat mudah alih Stinger dan torpedo MK-48 Mod6.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan AS kerana telah menyokong peningkatan kemampuan pertahanan diri Taiwan. Dalam empat tahun terakhir ini, pentadbiran Trump telah meluluskan tujuh pakej penjualan senjata ke Taiwan berjumlah $ 13.2 bilion, dan di masa hadepan kami akan terus mengembangkan dan meningkatkan industri pertahanan tempatan dan kemampuan perang asimetris, “kata Menteri Luar Negeri Taiwan Joseph Wu pada Selasa semasa menyampaikan ucapan maya ke Simposium Tahunan Institut Taiwan Global di Washington.

“Berhadapan dengan rejim komunis China, Taiwan berada di barisan depan untuk mempertahankan demokrasi,” tambah Wu – CNN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat