Tiga Sahabat Tertidur Dalam Kereta Maut Keracunan Gas Karbon Monoksida

MT UMNO Akan Bincang 3 Perkara?

CYBERJAYA - Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO malam ini dijangka memmbincangkan tiga isu utama hasil daripada pertemuan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional sebentar tadi. Menurut sumber...

Ahli politik perlu perbetul keadaaan, walaupun akur titah Agong henti ‘politicking‘

KUALA LUMPUR- Mengakui wajar akur titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya ahli-ahli politik untuk segera menghentikan segala politicking,namun, ahli...

MT UMNO bakal muktamadkan keputusan penting, malam ini

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang akan bersidang malam ini bakal membuat beberapa keputusan penting berhubung hala tuju politik dan masa...

Hishammuddin tak tolak isu PM letak jawatan dibincang BN hari ini

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberitahu antara inti pati pertemuan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Menara Dato' Onn hari ini...

Selepas dikecam, Mat Sabu padam status desak Muhyiddin letak jawatan

Kuala Lumpur - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dikecam hebat kerana mengeluarkan kenyataan mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan...

SEBERANG PERAI – Tiga sahabat maut, manakala seorang lagi dilapor kritikal selepas dipercayai mengalami keracunan gas karbon monoksida di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang berhenti di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat Permatang Pauh di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, mangsa Sharifah Fariesha Syed Fathi, 21, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Ayuni Shazwanie Shabri, 21, meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya di sini kira-kira pukil 1.40 pagi.

Seorang lagi mangsa Nor Adilah Mohd. Safwan, 21, dilapor meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Angkatan Tentera, Lumut, Perak kira-kira pukul 4.20 petang tadi dan adik kembarnya, Nor Aqilah yang dirawat di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur dilapor masih kritikal.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, mangsa dipercayai mengalami keracunan gas monoksida ketika MPV jenis Honda Odyssey yang dinaiki mereka berhenti di stesen minyak tersebut.

“Empat sahabat karib itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Sungai Petani, Kedah selepas berkunjung ke Pulau Jerejak (dekat sini).

“Mereka kemudiannya ditemui tidak sedarkan diri di dalam kenderaan itu yang enjinnya masih hidup dan pintu tertutup oleh bapa salah seorang mangsa yang pergi mencari kerana tidak pulang-pulang,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Shafee lagi, pemeriksaan oleh seorang juruteknik kenderaan mendapati ada kebocoran pada ekzos MPV tersebut. – Kosmo

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan