Post-mortem Pemuda UMNO: Suara pro-presiden diboo, rumusan dibuat terlalu lembut

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sesi post-mortem Pemuda UMNO Malaysia semalam menyaksikan majoriti yang hadir bersetuju agar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, melepaskan jawatan bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu parti.

Post-mortem Pilihan Raya Enam Negeri Pemuda UMNO Malaysia diadakan di International Youth Centre, malam tadi sebagai reaksi kepada kekalahan teruk parti tersebut di dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRN) Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata Pemuda berhasrat untuk mengembalikan maruah UMNO pada kedudukan sebenarnya.

“UMNO ini milik kita, sayangkan UMNO. Tak mampu lihat parti ini terus jatuh, maka kita ambil tanggungjawab, untuk kembalikan semula UMNO ini pada maruah sebenarnya.

“Apa yang lebih penting adalah survival UMNO, ini bukan soal saya tapi soal parti, saya tidak getar, tidak pekakkan telinga, tidak butakan mata kerana apa yang penting adalah UMNO dan perlu dimartabatkan kita semua.

Beberapa orang Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang berucap cuba mempertahankan Ahmad Zahid mendapat sambutan negatif para hadirin yang terdiri daripada Ketua, Naib Ketua, Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian dari seluruh negara.

Seorang Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang mahu mengekalkan ketanpanamaan (anonymous) memberitahu SuaraTV, “ucapan yang menggesa presiden berhenti dan diadakan pemilihan segera or transisi peralihan mendapat tepukan dan sorakan kuat yang hadir.”

“Manakala cadangan mengekalkan Presiden yang dibawa oleh seorang EXCO Pemuda yang rapat dengan Presiden dan Ketua Pemuda UMNO Hulu Langat telah diboo oleh mereka yang hadir.”

Menurut beliau, ucapan jurucakap yang diketahui rapat dengan Presiden UMNO di ‘boo’ oleh hadirin adalah isyarat jelas dari Pemuda UMNO mahukan perubahan pucuk pimpinan parti tersebut.

Tiada cadangan radikal

Bagaimanapun kesimpulan daripada post-mortem Pemuda UMNO tidak mendesak sebarang perubahan radikal.

Difahamkan Pemuda UMNO akan mendesak peralihan kuasa dalam tempoh satu hingga dua tahun.

Satu lagi kemungkinan yang dibayangkan oleh sumber SuaraTV ialah Pemuda UMNO akan mendesak agak Pemilihan UMNO diadakan dalam tempoh tiga tahun seperti peruntukan perlembagaan parti.

Pucuk pimpinan akan diminta memberi komitmen tidak akan menunda pemilihan sehingga selepas Pilihan Raya Umum ke-16 seperti mana klausa pengecualian dalam perlembagaan.

Seorang Ketua Pemuda Bahagian dari Johor menyifatkan rumusan post-mortem semalam tidak mempunyai apa-apa taring dan sekadar kocakan air di dalam cawan.

“Saya berharap akan ada perubahan segera dalam kepimpinan dan dasar UMNO. Namun kebanyakan yang hadir hanya mengambil pendirian ‘centris’ yang tidak memperlihatkan satu jalan radikal untuk memulihkan UMNO.”

“Resolusi transisi dan tiada penangguhan dalam pemilihan akan datang tidak mampu memulihkan parti.”

Beliau turut menyifatkan UMNO sudah tidak punya banyak masa untuk kembali memulihkan diri.

“Saya khuatir semakin lama kita menangguhkan proses perubahan, jalan pemulihan akan menjadi semakin sukar. Apabila Pas dan Bersatu menjadi terlalu kuat nanti, kita akan hanya menjadi parti tempelan kepada Pakatan Harapan, yang boleh disingkirkan pada bila-bila masa.”

Turut hadir sebagai pemerhati ialah Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Datuk Seri Abd Rahman Dahlan -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat