Garis panduan baharu tangani buli, gangguan seksual, sedang dimuktamadkan – KPM

- Advertisement -

PUTRAJAYA — Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang memuktamadkan garis panduan menangani buli dan gangguan seksual serta Peraturan Disiplin Murid yang baharu yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

KPM dalam satu kenyataan memberitahu, ini bagi menggantikan Ordinan Pelajaran 1957, Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah 1959).

Dalam pada itu menurut KPM lebih 90 peratus kes aduan buli dan gangguan seksual di institusi pendidikan berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang daripada 15 hari.

“KPM memandang serius berhubung isu buli dan gangguan seksual yang melibatkan murid-murid di institusi pendidikan bawah KPM.

“KPM juga sentiasa proaktif dalam menangani kes buli dan gangguan seksual di semua institusi pendidikan bawah KPM bagi menjamin ekosistem selamat untuk guru, murid dan seluruh warga institusi pendidikan,” katanya.

Pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi memastikan penguatkuasaan peraturan sedia ada seperti yang terdapat dalam surat siaran kementerian, surat pekeliling ikhtisas dan garis panduan berkaitan.

Selain itu KPM menjelaskan, beberapa mekanisme sedang dilaksanakan bagi menangani isu buli dan gangguan seksual di semua insititusi pendidikan bawah kelolaannya.

“Antaranya ialah kempen kesedaran mengenai kesan buli dan gangguan seksual terhadap mangsa di media konvensional dan media sosial.

“Program pendidikan mengenai bahaya buli dan gangguan seksual juga dilaksanakan secara bersepadu melibatkan aspek kurikulum, kokurikulum serta pembinaan sahsiah dan amalan sekolah penyayang.

“Intervensi kepada mangsa buli dan kerjasama strategik dengan semua pihak terutamanya dengan melibatkan agensi penguat kuasa bagi memastikan isu buli dan gangguan seksual dapat ditangani dengan lebih efektif,” katanya.

KPM turut menyediakan tiga saluran yang boleh digunakan oleh orang ramai termasuk pihak sekolah dan juga ibu bapa untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kes buli dan gangguan seksual.

Saluran tersebut ialah talian khas Aduan Buli, e-mel: [email protected] dan aduan buli di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

“Maklumat aduan buli dan gangguan seksual boleh diakses melalui Portal Aduan Buli KPM di https://www.moe.gov.my/aduanbuli.

“Semua jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan institusi pendidikan telah diarahkan untuk mematuhi tahap kesegeraan penyampaian maklumat dan laporan serta tindakan berkaitan buli dan gangguan seksual kepada KPM berdasarkan tempoh hari yang ditetapkan iaitu pada kadar 1:3:7 (hari),” jelasnya.

KPM menyeru kerjasama dan komitmen berterusan semua pihak termasuk ibu bapa, pentadbir institusi pendidikan, guru, media, rakan korporat dan seluruh anggota masyarakat untuk sama-sama terlibat secara langsung atau tidak langsung memerangi isu buli dan gangguan seksual.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat