Ketika Tinjauan Dari Udara Saya Tak Nampak Kolam Pecah – Sanusi

- Advertisement -

ALOR SETAR – Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor musykil dengan saiz kolam takungan dibina untuk projek tanaman durian Musang King di Gunung Inas yang disahkan pecah sehingga menyebabkan berlaku kepala air di beberapa buah kampung di Kupang, Baling baru-baru ini.

Muhammad Sanusi akur dengan jawapan Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di Parlimen hari ini yang berkata, kolam takungan di Gunung Inas pecah yang menjadi punca tragedi itu dan bukan hujan.

“Kalau satu kolam sebesar itu airnya sampai sehingga ke 42 buah kampung, besar mana (agaknya) kolam itu, kita kena fikir dahulu.

“Kalau hujan tak lebat, kolam itu besar mana? Limpahan air sebanyak itu (turut) membawa tanah, pasir yang banyak (sehinggakan) hanyut 17 rumah. Besar mana kolam itu,” soalnya ketika diminta mengulas jawapan KASA hari ini.

Terdahulu, Muhammad Sanusi merasmikan Program Bayaran Tanpa Tunai dan iHasil Kedah, di sini, hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, kajian yang dilaksanakan mendapati terdapat satu kolam yang pecah sehingga menyebabkan berlakunya banjir di beberapa kampung termasuk Kampung Iboi, Kampung Padang Lengkuas, Bukit Hangus dan Kampung Pisang.

Tambah beliau, kadar hujan pada hari kejadian itu pula hanya 36 hingga 40 milimeter (mm) sahaja.

Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata, ketika melakukan tinjauan udara selepas hari kejadian, beliau tidak menjumpai mana-mana kolam yang pecah walaupun dapat melihat dengan jelas dua kolam semasa berada di dalam helikopter.

“Kolam yang nampak jelas ada dua, (tapi) tak pecah. (Mungkin) yang pecah tak nampak sebab dah pecah (kerana) pandangan kasar dari atas tak nampak, perlu mendaki bukit yang semua itu dilakukan pihak teknikal,” katanya.- Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat