Dua Ditahan, KPDNHEP Kedah Gagalkan Cubaan Seludup 8,839 Liter Diesel Subsidi

- Advertisement -

KULIM – Dua lelaki ditahan selepas melakukan penyelewengan diesel bersubsidi di sebuah stor simpanan haram yang diubahsuai dengan ditutup pintu pagar zink di Kampung Pondok Labu, di sini, semalam.

Mereka masing-masing berusia 40 dan 50-an itu ditahan dalam serbuan dilakukan sepasukan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kulim jam 12.30 tengah hari.

Pengarah KPDNHEP negeri, Affendi Rajini Khant berkata, sebelum itu seorang daripada lelaki berkenaan ditahan anggota Cawangan Risik Batalion 2 Pasukan Gerakan Am (PGA), Kulim ketika sedang mengisi diesel di sebuah stesen minyak di Taman Kobis, Lunas.

“Susulan daripada itu, lelaki terbabit membawa anggota polis ke sebuah stor simpanan tanpa lesen dan pemeriksaan lanjut mendapati seorang lagi lelaki sedang mengepam minyak diesel.

“Minyak diesel terbabit dipam dari sebuah lori yang memiliki tangki tambahan untuk dimuatkan ke dalam ‘skid tank’, ” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati dua lelaki terbabit gagal mengemukakan permit menyimpan atau surat kebenaran bertulis dikeluarkan Pengawal Bekalan KPDNHEP.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati minyak diesel terbabit disimpan sementara di stor haram sebelum diseludup ke Thailand.

“Berikutan itu, KPDNHEP merampas 8,839 liter termasuk dua lori lima tan yang memuatkan lapan tangki fiber berisi diesel dengan nilai keseluruhan sitaan berjumlah RM93,400,” katanya.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 yang jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM1 juta bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan kedua, denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-dua sekali.

Manakala bagi syarikat pula, boleh didenda tidak melebihi RM2 juta dan bagi kesalahan kedua denda tidak lebih RM5 juta akan dikenakan. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat