Tiada Keperluan Tubuh RCI Siasat Bencana Banjir Di Baling – Takiyuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) yakin dengan kepakaran yang dimiliki Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) bagi mengenal pasti punca berlakunya tragedi banjir dan kepala air di Kampung Iboi, Baling tanpa perlu membentuk jawatan kuasa khas lain, lapor portal Sinar.

Memetik laporan itu, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya merasakan bahawa tiada keperluan mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mahupun Suruhanjaya Siasatan Awam bagi menyiasat bencana yang berlaku di Kampung Iboi, pada Isnin lalu.

Beliau berkata, kepakaran yang dimiliki jabatan berkaitan khususnya JMG sudah berupaya untuk memberi maklumat terperinci dan siasatan menyeluruh kawasan bencana.

“Saya rasa tak perlulah RCI dan sebagainya, jabatan kita pun sudah ada kemampuan dan kepakaran yang tersendiri,” katanya, selepas meninjau kawasan bencana di kampung tersebut.

Dalam pada itu, Takiyuddin berkata beliau turut berharap kerjasama beberapa jabatan dan pasukan lain kerajaan negeri akan membantu penyiasatan dan mendapatkan laporan dengan pantas.

“Sebagaimana kita buat di Gunung Jerai, kita akan lihat kawasan lereng yang berisiko dan sebagainya selain pandangan teknikal akan diberikan kepada jabatan berkaitan misalnya Jabatan Kerja Raya (JKR) nak buat jalan dan lain-lain perlu kepada nasihat kepada JMG.

“Mereka pakar, mereka adalah ahli geologi yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat