Operasi Bersepadu di KL, Banteras Aktiviti Haram

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Satu Operasi Bersepadu Banteras Aktiviti Haram (BAH) Siri 3 telah dijalankan dengan mengambil tindakan terhadap empat premis yang telah melanggar Akta Hiburan (WPKL) 1992 dan Akta Kerajaan Tempatan.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, antara kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh operator premis-premis berkenaan adalah membuka dan mengadakan hiburan deejay dan membenarkan individu di bawah umur memasuki premis hiburan.

“Selain itu premis premis berkenaan membuka dan mengadakan hiburan muzik (live music) dan menggajikan pekerja warga asing tanpa permit yang sah.

“Beberapa peralatan turut disita pihak DBKL, iaitu satu unit DJ Spinner, tiga unit speaker, satu set drum, satu unit mic stand, satu unit mikrofon, satu unit monitor, satu unit komputer riba, satu unit mixer, satu unit CPU, satu unit amplifier dan satu set CCTV,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pihak JAWI turut menangkap dan menyiasat 15 orang iaitu 8 wanita dan 7 lelaki untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi turut membuat penutupan terhadap tiga premis iaitu di Taman Seri Bahtera, Cheras; Desa Sri Hartamas dan Jalan 28/70A, Kuala Lumpur.

“Operasi penguatkuasaan secara bersepadu akan dilakukan dari semasa ke semasa oleh pihak DBKL dan agensi-agensi penguatkuasa untuk memastikan semua pihak mematuhi peraturan dan arahan yang telah ditetapkan bagi memastikan Kuala Lumpur menjadi bandar raya yang selamat,” katanya.

Operasi berkenaan dijalankan oleh Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat