Kupas adat pengebumian

- Advertisement -

DUA tahun bukanlah satu tempoh yang singkat. Justeru syarikat produksi Seni 2020 menarik nafas lega apabila filem mereka, Sumpahan Jerunei yang ditunda tayangannya dua tahun akibat pandemik Covid-19 bakal ditayangkan di pawagam Julai ini.

Dengan judul agak unik dan mungkin pelik bagi segelintir pihak, Sumpahan Jerunei sebenarnya adalah adaptasi daripada kisah benar mengenai sejarah kaum peribumi Melanau di Sarawak yang kekal misteri daripada masyarakat luar.

Penerbitnya Datuk Nancie Foo dan Datin Wendy Wong berkata, filem ini akan mengupas rahsia dan misteri di sebalik adat pengebumian kaum terbabit menggunakan Jerunei, diperbuat daripada kayu belian.

Jerunei adalah sejenis keranda atau tempat persemadian diperbuat daripada kayu belian bagi menempatkan individu yang menjadi mangsa pembunuhan tidak bertamadun.

“Karya ini menjadi pilihan kami untuk difilemkan dan ia kisah benar mengenai budaya serta perlu melalui beberapa proses antaranya kajian mendalam sebelum mendapat kebenaran Majlis Adat Istiadat Sarawak.

“Proses kajian juga mengambil masa dua tahun. Bahkan kami siap membuat tesis berkaitan budaya dan sejarah Jerunei ini,” katanya.

Filem arahan Jason Chong ini membariskan pelakon handalan tanah air seperti Bront Palarae, Uqasha Senrose, Syafie Naswip, Daiyan Trisha, Amerul Affendi, Tony Eusoff, Ruminah Sidek dan Yuyun Hikmah.

 

NANCIE (kanan) dan Wendy.
NANCIE (kanan) dan Wendy.

 

Dalam perkembangan berkaitan, Nancie dan Wendy juga membuka peluang kepada golongan pelajar untuk sama-sama menjadi sebahagian daripada tenaga produksi filem ini menerusi pertandingan reka bentuk poster khas membabitkan beberapa universiti tempatan.

“Poster yang terpilih akan dibawa bertanding menjelang Asean International Film Festival (AFIFA) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

“Kalau kita buka kepada umum, pertandingan akan menjadi tidak adil kerana mereka yang profesional turut bertanding.

“Jadi, kita buka kepada pelajar agar kita boleh cungkil bakat malah kalau mereka menang poster ini melalui AIFFA bukan sahaja nama mereka dikenali tapi nama universiti akan disebut,” katanya.

Menurutnya, pihaknya membekalkan material untuk penghasilan poster mengikut kreativiti peserta yang bertanding.

 

BABAK cemas lakonan Daiyan Trisha.
BABAK cemas lakonan Daiyan Trisha.

 

“Pertandingan mereka poster sudah berlangsung sejak 20 April sehingga 20 Mei ini yang membabitkan beberapa pelajar universiti terpilih.

“Pemenang pertandingan turut membawa pulang wang tunai RM1,000 berserta telefon bimbit jenama Realme 3 Pro.

Tempat kedua hingga kelima juga berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai berserta cenderahati.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat