‘Mat saleh celup’

- Advertisement -

SELEPAS terbabit dalam kemalangan Faizal lakonan Aiman Nasir Wynne mula hilang ingatan dan membolehkannya lancar bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Tanpa arah tuju, Faizal tersesat ke sebuah kampung dan disalah anggap sebagai ‘mat saleh’ dek kerana rupa parasnya seperti orang yang berasal dari Eropah malah penduduk kampung memanggilnya dengan nama Saleh.

Kehadiran Faizal di kampung berkenaan bagai membawa rahmat kepada penduduk kampung.

Kebetulan, mereka mengharapkan seseorang yang boleh mengajar untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris kerana mereka akan menyertai satu pertandingan ‘choral speaking’.

Bagaimanapun, ada penduduk kampung yang kurang senang dengan kehadiran Faizal di kampung mereka.

Jadi bagaimanakah Faizal membantu penduduk kampung untuk fasih berbahasa Inggeris? Adakah identiti sebenar Faizal bakal terbongkar?

Drama bersiri Kampung Mat Salleh terbitan Country Universal Sdn Bhd disiarkan menerusi slot Sakura bermula hari ini setiap Isnin hingga Khamis jam 6 petang.

Drama bersiri 20 episod arahan Hashim Rejab ini dibintangi oleh barisan pelakon muda dan berpengalaman antaranya Aiman Nasir Wynne, Nelissa Nizam, Wanna Ali, Kazar Saisi, Wanns Ahmad, Kam

arul Eqi, Fathil Dani, Mazlee Razalee dan Amy Nur Tinie.

Jangan ketinggalan menyaksikan drama Kampung Mat Saleh. Untuk mendapatkan info terkini layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat