To’ki masih ‘hidup’, kesal berita palsu kematian

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Berita penyanyi Toki, 56, meninggal dunia adalah tidak benar.

Ia disahkan oleh isterinya, Sharifah Fairuz Syed Yusof menerusi satu kumpulan WhatsApp.

Sharifah Fairuz yang lebih mesra dengan gelaran Mummy berkata, dia menerima panggilan tanpa henti daripada sahabat kelab peminat yang bertanyakan kesahihan berita ini.

“Di sini, saya ingin menyatakan berita di atas tidak benar sama sekali. Tak tahu macam mana boleh dapat berita palsu sebegini kerana ada juga artis-artis lain dapat berita begini.

“Memang Daddy Toki ada sakit, tapi bukan sakit sampai boleh membawa kepada berita sebegini. Harap kita dapat menyampaikan berita dan maklumat penting sahaja yang betul.

“Jadi, kepada sahabat, jangan bimbang kerana Daddy Toki berada dalam keadaan sihat walafiat.

“Cuma, sekarang Daddy Toki sibuk dengan projek akan datang dan sekarang, berada di studio baru dengan Man Kidal sekeluarga,” katanya yang turut meminta peminat mendoakan kejayaan suaminya.

Terdahulu, peminat digemparkan dengan berita penyanyi lagu popular Biasan ini meninggal dunia menerusi perkongsian beberapa individu dalam media sosial.

Bagaimanapun, tinjauan terbaharu mendapati perkongsian ini sudah dipadamkan.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat