Akmal cabar PM singkir semua Ahli Parlimen Umno dalam Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh menyelar Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kamil Munim yang

mendakwa kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkenaan peranan BN dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan sebagai ‘overclaim’ dan angkuh.

Akmal mengingatkan Kamil tentang peristiwa ketika PKR datang ke Seri Pacific Hotel berjumpa dengan kepimpinan Umno ketika itu minta untuk menubuhkan kerajaan bersama.

“Kepada Kamil Munim, mungkin kamu terlupa atau buat-buat lupa tentang apa yang berlaku ketika penubuhan Kerajaan Perpaduan dahulu.

“Mungkin kamu terlupa atau buat-buat lupa tentang peranan BN ketika menubuhkan kerajaan perpaduan di peringkat awal dahulu

“Mungkin kamu terlupa atau buat-buat lupa bahawa parti kamu datang ke Seri Pacific berjumpa dengan pimpinan Umno ketika itu minta untuk menubuhkan kerajaan bersama.

“Bila Datuk Seri Zahid Hamidi mengingatkan tentang peranan BN ketika menubuhkan kerajaan perpaduan ini,kamu tuduh pula beliau angkuh? Bab mana yang angkuh itu? Boleh jelaskan? tempelak Akmal.

Menurut beliau, kerana fakta yang mungkin kamu terlupa atau buat-buat lupa adalah selepas PRU15, Umno dah bersedia untuk menjadi pembangkang tetapi kamu yang gagal untuk menubuhkan kerajaan dan minta bantuan BN untuk menubuhkan kerajaan

“Itu fakta! Jika auta mcm janji kamu nak hapuskan tol dan PTPTN itu.

“Tetapi jika kamu dan kepimpinan kamu merasakan bahawa peranan BN tiada dalam Kerajaan Perpaduan ini,maka saya cabar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk buang semua ahli Parlimen Umno dalam Kerajaan Perpaduan ini sekarang. Boleh? cabarnya.

Kamil sebelum itu berkata, kenyataan Zahid bahawa Kerajaan Perpaduan tidak akan terbentuk tanpa sokongan gabungan itu adalah sesuatu yang angkuh, dan tidak mencerminkan semangat sebenar kerjasama politik masa kini.

Beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan berkata, dakwaan BN menjadi faktor utama pembentukan kerajaan sedia ada susulan sumbangan 30 kerusi Parlimen, tidak wajar dalam landskap politik semasa yang lebih kompleks dan berteraskan perkongsian kuasa.

“Tak perlu ‘overclaim’ begini. Kita semua tahu Kerajaan Perpaduan ini terbentuk hasil kerjasama banyak pihak, bukan sebab satu kumpulan saja. Tak usah berlagak macam kitalah yang terpaling,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Zahid bahawa Kerajaan Perpaduan takkan dapat dibentuk tanpa sokongan 30 Ahli Parlimen daripada gabungan itu.

Zahid yang juga Presiden Umno menegaskan, tanpa 30 kerusi BN itu, Pakatan Harapan (PH) tidak akan mendapat majoriti di Parlimen untuk menerajui kerajaan semasa.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat