Mengaku perosak lagu

- Advertisement -

DALAM kalangan pengguna media sosial, nama Azman Naim, 37, cukup dikenali.

Menyanyikan lagu dalam bentuk parodi dengan lirik mengkritik isu semasa membuatkan dia pantas dikenali selain teknik kamera memfokus satu wajah dalam format hitam putih menjadikan dia lebih tersendiri.

Malah, Azman juga berjaya menarik perhatian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang tiga kali memanggil Azman menghadapnya untuk berbincang banyak perkara termasuk isu semasa.

Azman yang dikenali di media sosial sebagai Azman Naim 44 Mantra berkata, dia sebenarnya kurang berbakat dalam bidang nyanyian, sebaliknya pendekatan yang diambil sekadar menghiburkan dengan ‘merosakkan’ lagu menerusi parodi.

Di sebalik populariti diraih, Azman atau nama sebenarnya Mohd Nur Azman Naim berkata, dia terpaksa menolak pelawaan menyertai program realiti TV sejak dua tahun lalu.

Azman yang semakin aktif berlakon berkata, dia bukan cerewet tetapi mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian.

“Sejak saya mula tular ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) Fasa 1, ada beberapa pihak mempelawa saya menyertai program realiti nyanyian.

“Namun, saya mengambil pendekatan untuk menolak tawaran yang diberikan di atas sebab-sebab tertentu. Walaupun menolak, saya tetap dipanggil. Ada yang sampai ke hari ini terus menghubungi saya,” katanya.

 

AKUI tidak berbakat sebagai penyanyi, sebaliknya lebih banyak ‘merosakkan’ lagu menerusi konsep parodi.
AKUI tidak berbakat sebagai penyanyi, sebaliknya lebih banyak ‘merosakkan’ lagu menerusi konsep parodi.

 

Azman berkata, dia dipujuk dengan pelbagai kata-kata manis, namun itu tidak menggoyahkan keputusannya.

“Ada yang kata, marilah sertai program ini nanti boleh viral. Kemudian saya tanya dia, kalau lagu-lagu rosak saya tak viral (tular), awak tak hubungi saya kan?

“Ini bermakna saya memang dah viral. Jadi buat apa nak viral lagi guna kaedah awak? Dan adakah sesuatu yang viral itu memang bagus? Saya tanya lagi dan dia tidak dapat menjawabnya.

“Zaman sekarang zaman gila. Orang politik rosakkan politik itu sendiri. Orang dalam seni rosakkan industri itu sendiri. Saya memang perosak. Kalau saya ‘join’ (menyertai) semua akan hancur. Berhenti bunuh industri seni kreatif kita,” katanya.

Azman berkata, dia mempunyai prinsip di mana jika tidak kena dengan dirinya, dia memilih untuk tidak pergi.

Ia bukan kerana cerewet atau terlalu memilih, tetapi dia kena tahu nilai harga diri.

Menurutnya, wang dan populariti tidak dapat membeli status.

“Tujuan untuk menyertai program sekadar untuk mendapatkan ‘rating’ dan meraih populariti? Saya bukan penghibur kerana ada batas dalam menghibur dan berhibur.

“Salah satunya saya bukan handal sangat menyanyi dan saya bukan boleh nyanyi semua jenis lagu. Takkan saya nak nyanyi lagu dangdut dan gelek?” katanya.

Bagaimanapun, Azman berpendapat strategi pengendali program mengetengahkan peserta tular semata-mata demi ‘rating’ bukan sesuatu yang salah.

“Saya faham permainan korporat yang nak ‘rating’ dengan mencari individu viral untuk program mereka. Itu taktik dan pada saya ia tak salah. Media konvensional kini bergelut untuk dapatkan penonton sejak wujudnya media sosial dan ‘top content creator’ media sosial.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat