Alam maya memang Muda ‘kuat’, tapi jangan berani ugut PKR – Hassan bidas Saddiq

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parti Muda yang baru berusia empat bulan jangan beri ancaman dan ugutan kepada PKR,” kata Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.

Ujar beliau Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pemimpin Muda memang mempunyai karisma.

“Anda mempunyai ramai pengikut di alam maya. Tetapi di alam nyata, jangan sesekali memberi amaran atau ugutan kepada PKR.

“Saya mengurut dada menahan sabar membaca laporan Presiden Muda Syed Saddiq memberi amaran  akan berlaku pertentangan antara Muda dengan PKR dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini jika rundingan tentang kerusi menemui kegagalan.

“Garang sungguh amaran presiden parti Muda yang baru berusia empat bulan tersebut.

“Kalau bayi, baru berumur empat bulan belum boleh makan nasi atau makanan keras. Kena minum susu saja. Perut bayi belum kuat untuk menghadam.

“Jangan marah analogi seperti ini digunakan. Parti Muda satu hari nanti pun akan jadi tua,” catat Hassan dalam laporan TMI pada Jumaat.

Hassan berkata,Syed Saddiq orang Johor. Beliau juga il pun orang Johor.

“Kita di Johor ibarat cucu cicit Tun Seri Lanang dan Raja Ali Haji. Orang Johor bahasanya lembut, jika berkata dan berhujah, ia berkata dan berhujah dengan sopan dan santun, seperti madah Sasterawan Negara Usman Awang (seorang lagi anak Johor yang terbilang).

“Syed Saddiq pemimpin generasi baru yang punya masa hadapan cerah. Memang elok dan tepat melangkah dengan tangkas dan berani. Tetapi awas juga, anda baru kali pertama memimpin sebuah parti baru menghadapi pilihan raya.

“Lalu jangan cepat memberi amaran dan ugutan. Jangan cepat menghunus keris untuk menikam, penulis bimbang, takut-takut nanti akan tertikam dengan keris sendiri,” bidasnya.

Hassan memberitahu beliau tidak banyak pengalaman. Sekadar mengenal politik di Johor sejak 1974 lagi.

“Sejak itu mengenal usaha pihak parti pembangkang berusaha membina fron pembangkang.

“Saya pernah ikut serta dalam usaha itu sejak 1986 ketika penulis menjadi setiausaha agung sebuah parti kiri yang radikal, lebih radikal ideologinya daripada parti Muda sekarang.

“Tetapi kami, walaupun radikal, jika bermesyuarat, kami berbincang baik-baik.Tidak pernah kami gunakan ugutan dan  ancaman sesama parti pembangkang,” jelasnya.

Hassan sebaliknya memberitahu Syed Saddiq, Presiden Muda kena pelajari sejarah PKR.

“Parti kami lahir daripada perjuangan. Kami membesar di jalan raya dan di dalam penjara. Kami tidak akan berundur jika dicabar sesiapa pun, hatta kepada mereka yang cepat menghunus pedang. Pantang kami berundur.

“Lihat bendera kami berwarna merah, itu maknanya  keberanian berjuang.Lihat bendera kami berwarna biru, itu maknanya kami mencintai perdamaian dan keadilan.

“Maka berhati-hatilah jika mengeluarkan kata-kata, wahai sahabatku Syed Saddiq. Mungkin saya ini sudah tua tetapi orang tua ini kenal perangai “anak muda julung berkeris”, tempelak Hassan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat