PFP Sasar Tanding Parlimen, DUN Di Pulau Pinang dan Kedah

- Advertisement -

GEORGETOWN – Penang Front Party (PFP) mengesahkan bakal bertanding di Pulau Pinang dan Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi PFP, Datuk Patrick Ooi berkata, pihaknya menyasarkan meletakkan calon terdiri daripada muka lama dan baharu di 10 kawasan iaitu lapan di Pulau Pinang dan dua di Kedah dalam PRU-15.

”Kami mensasarkan dua kerusi Parlimen di Alor Setar dan Kulim, Kedah, selain dua kerusi Parlimen di Pulau Pinang.

“Selain itu, kita jangka enam kerusi DUN yang akan ditandingi adalah di kawasan pulau di Pulau Pinang,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang di sini hari ini.

Parti PFP ditubuhkan pada tahun 2014 bagi menentang DAP pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor dan PRU14 merupakan penampilan sulung parti itu pada pilihan raya umum.

Pada PRU14, PFP bertanding di 12 kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen di Pulau Pinang pada PRU14, namun, parti itu kalah di semua kerusi yang ditandingi.

Menurut Ooi, pihaknya juga sedang merancang mengadakan perbincangan dengan wakil dari parti pembangkang atau parti kerajaan untuk menjalin kerjasama pada PRU15.

”Kami bersedia untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana parti namun sasaran kami adalah untuk menggantikan parti MCA.

”Kami melihat MCA seperti sudah tidak lagi relevan untuk menjadi suara yang mewakili kaum Cina di negara ini memandangkan parti tersebut tidak lagi mendapat sokongan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, tambah beliau, pihaknya melihat sepanjang lebih 15 tahun DAP memerintah Pulau Pinang, tiada pembaharuan yang dibawa oleh parti tersebut kepada rakyat negeri itu.

“Kita hanya nampak mereka (DAP) hanya tahu menggunakan slogan semata-mata, tiada apa-apa pembangunan yang mereka lakukan kepada rakyat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Patrick menyerahkan dokumen-dokumen kepada SPRM yang meminta agensi berkenaan menyiasat seorang ahli perniagaan yang menggunakan media sosial Facebook dan sentimen kaum untuk memburuk-burukkan kerajaan.

”Ahli perniagaan ini mendakwa dia turut mendapat tender-tender daripada kerajaan dengan harga yang mahal, jadi kami meminta SPRM menyiasat dakwaan individu ini kerana bimbang dakwaannya berniat memburuk-burukkan kerajaan,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat