Ramai Keliru Mansuh Hukuman Mati Mandatori Seolah-olah Tiada Hukuman Mati – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menjelaskan isu pemansuhan hukuman mandatori bukan bermaksud hukuman mati telah dihapuskan.

Beliau berkata, kerajaan tidak menghapuskan hukuman mati sebaliknya hakim perbicaraan diberi kuasa dan pilihan untuk menentukan hukuman berdasarkan budi bicara.

“Ramai yang keliru tentang pemansuhan hukuman mati mandatori yang diumumkan baru-baru ini, seolah-olah hukuman mati telah dihapuskan.

“Kerajaan tidak menghapuskan hukuman mati, tetapi bergantung kepada kuasa dan budi bicara hakim untuk menentukan sama ada pesalah tersebut dijatuhkan hukuman mati ataupun hukuman pilihan yang lain,” katanya, ketika berucap merasmikan Perayaan Jubli Emas Fakulti Undang-undang Universiti Malaya, di Dewan Tunku Canselor UM, sini hari ini.

Menurut Perdana Menteri, objektif tersebut perlu menjadi asas dan dasar kepada kerajaan dan pembuat polisi dalam hal berkaitan penghukuman suatu jenayah untuk mencari hukuman yang terbaik, setimpal dan berkesan.

“Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Maidah, Ayat 32: Yang bermaksud: “Dan sesiapa yang menyelamatkan nyawa seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menyelamatkan kehidupan manusia semuanya”,” katanya.

Dalam ucapan sama, Perdana Menteri turut memaklumkan kerajaan telah dan akan melaksanakan transformasi undang-undang secara signifikan.

“Saya telahpun mengarahkan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri untuk mengkaji dan meneliti undang-undang sedia ada, termasuk 147 undang-undang yang telah lapuk.

“Transformasi undang-undang ini perlu dilakukan segera kerana keadaan telahpun berubah dan undang-undang juga perlu bergerak dan berubah mengikut keadaan semasa.
Penambahbaikan ini juga akan menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia.

“Sebagai contoh, teknologi digital hari ini semakin pesat membangun. Dalam konteks ini, undang-undang yang sedia ada tidak relevan dengan ledakan teknologi digital, bahkan agak terkebelakang dengan perubahan semasa.

“Akta sedia ada iaitu Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 misalnya, hanya melibatkan penguatkuasaan terhadap kegiatan judi di premis dan bukannya secara dalam talian,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat