Bekas Setiausaha Politik MB Negeri Sembilan redha ditamatkan jawatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Mokhtar Ahmad mengumumkan jawatan beliau telah ditamatkan hari ini berkuatkuasa hari ini, 16 Jun 2021.

“ Berkuatkuasa 16hb Jun 2021, saya tidak lagi berkhidmat sebagai Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Negeri Sembilan.

“ Beberapa minggu yang lalu, Saya telah mendapat surat Notis Penamatan sebagai Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar bertarikh 16 April yang ditandatangani sendiri oleh Menteri Besar selaras dengan Fasal 39A(2)(c) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

”Saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar atas kepercayaan yang diberikan kepada saya selama lebih dari tiga tahun memegang amanah dan tanggungjawab yang teramat besar yang perlu dipikul sebagai Setiausaha Politik atau pegawai yang paling hampir dengan Menteri Besar,” kata Mokhtar dalam kenyataan medianya.

Menurut Mokhtar, puluhan tahun mengenali Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan bersama-sama terlibat dengan perjuangan ” parti masa depan ” adalah saat yang tidak dapat dilupakan, apatah menempuh pelbagai kepayahan , pahit maung sebelum Pakatan Harapan (PH) dengan dokongan dan sokongan ribuan reformis dan akar umbi dapat menawani hati nurani rakyat Malaysia dan khususnya membentuk kerajaan pentadbiran di Negeri Sembilan.

Kata beliau, pengalaman memegang pelbagai jawatan dalam parti dan klimaksnya diberi kepercayaan dilantik menjadi Setiausaha Politik Pertama Kerajaan PH , terlalu banyak yang dipelajari dan menjadi pengalaman yang tidak ternilai untuk dijual beli.

“ Bahkan bangga kerana Kerajaan PH Negeri Sembilan terus teguh dan kekal hingga saat ini ( walaupun angin Langkah Shereton kononnya dikhabarkan sama mengheret, membadai dan meruntuhkan Kerajaan PH Negeri Sembilan Ketika itu- alhamdulillah kekal hingga saat ini ) .

“ Dan pasti pengalaman dan beberapa tindakan yang dibuat ketika bersama teman-teman seperjuangan mengurus hal tersebut, boleh diguna pada saat dan tika diperlukan.

“Saya melihat penamatan jawatan ini adalah satu proses dan tindakan biasa dalam mana-mana pentadbiran sesebuah kerajaan yang sampai satu ketika masanya, perkhidmatan kita akan berakhir jua. Dan saya mengambil sikap berlapang dada dan terbuka dengan apa yang berlaku dan pastinya telah menjadi ketentuan Ilahi,” ujar Mokhtar.

Susulan itu, katanya beliau akan memanfatkan peluang masa dan kesempatan yang ada untuk menumpukan dan menelaah bagi menyiapkan penulisan tesis pengajian Peringkat PhD di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah pun berada di tahun akhir.

Mokhtar turut menitipkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang memberi sokongan semasa beliau dalam jawatan tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat