Raja-Raja Bersidang 2.30 Petang Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Raja-Raja Melayu akan bersidang pada pukul 2.30 petang ini bertempat di Istana Negara selepas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selesai menerima sembah maklum semua ketua parti politik kerajaan dan pembangkang minggu lalu.

Selain itu, persidangan dilakukan bagi membincangkan perkara berkaitan pandemic Covid-19, sosial, ekonomi serta semak imbang dalam pentadbiran negara.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk mempengerusikan perbincangan tersebut.

Semalam, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka Baginda juga menerima perkenan menghadap beberapa pakar agensi kerajaan yang juga dijadualkan memberi sembah taklimat di hadapan Majlis Raja-Raja hari ini.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat