KUALA LUMPUR -Tidak sepatutnya wujud lagi kemiskinan tegar di negara ini sedangkan jumlah kutipan zakat di negeri-negeri besar.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan,teras utama zakat adalah untuk membantu golongan miskin, justeru tumpuan pihak berkuasa zakat negeri perlu diperbaharu bagi membasmi kemiskinan tegar.
“Zakat ini bukan sahaja soal pendapatan negara tetapi institusi dikaitkan dengan (pembasmian) kemiskinan,” katanya pada Persidangan Zakat Antarabangsa Pulau Pinang di Universiti Sains Malaysia (USM) pada Jumaat.
“Saya tidak boleh terima kenyataan negeri yang boleh kumpul dana zakat yang besar, tetapi masih ada kelompok miskin tegar.”
Anwar berikrar menoktahkan miskin tegar sebagai misi utamanya sejak menjadi perdana menteri, pada November 2022.
Semalam, Anwar berkata usaha itu menunjukkan hasil di Kuala Lumpur, Melaka, dan Negeri Sembilan.
Disember lalu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata miskin tegas telah dihapuskan di negeri itu dengan 3,530 isi rumah berjaya dikeluarkan daripada kelompok termiskin.
Golongan miskin merujuk isi rumah kurang RM1,169, manakala “garis kemiskinan” bagi isi rumah berpendapatan kurang RM2,208.