Moratorium: 752,000 Peminjam Perlu Bantuan Pembayaran Balik Pinjaman – BNM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sejumlah 47 peratus atau 752,000 daripada 1.6 juta peminjam yang dihubungi bank setakat ini menyatakan mereka memerlukan bantuan pembayaran balik pinjaman susulan berakhirnya moratorium automatik pada 30 September 2020, demikian kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Berdasarkan perangkaan terkini bank pusat itu menunjukkan daripada jumlah itu, 84 peratus daripada mereka, sudah memohon bantuan dari bank masing-masing.

Sementara baki 16 peratus peminjam yang dihubungi itu pula menyatakan mereka belum pasti sama ada memerlukan bantuan berkenaan ketika ini.

Namun begitu, BNM menegaskan, peminjam berkenaan masih boleh memohon kemudian jika keadaan kewangan mereka berubah.

“Kadar kelulusan (bantuan pembayaran balik pinjaman) kekal tinggi sekitar 98 peratus. Daripada permohonan yang diluluskan, kira-kira 40 peratus adalah untuk penangguhan bayaran dan kira-kira 60 peratus untuk mengurangkan pembayaran, termasuk memilih untuk hanya membayar faedah buat masa ini,” kata bank pusat itu dalam satu kenyataan.

Sementara itu, BNM berkata, jumlah peminjam individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang memilih untuk kembali membayar balik pinjaman mereka sebelum tempoh moratorium berakhir pada hujung September lalu terus meningkat, dengan pertambahan tiga kali ganda kepada 900,000 pada akhir September 2020.

Ia berkata, nilai keseluruhan bayaran balik pinjaman sehingga akhir Ogos 2020 mencecah kira-kira 70 peratus daripada paras yang direkodkan sebelum pelaksanaan moratorium automatik.

Selain itu, BNM berkata, peminjam juga menggunakan pelbagai saluran yang disediakan untuk mendapatkan bantuan menguruskan hutang mereka.

Ia berkata, sejumlah 67,000 individu dan PKS mendapatkan khidmat nasihat pengurusan hutang atau menyertai Program Pengurusan Hutang dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kewangan (AKPK).

Bank pusat juga menasihatkan peminjam yang berdepan kesukaran dengan bank mereka boleh menghubungi BNMTELELINK menerusi email di [email protected] atau menghubungi talian 1-300-88-5465. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat