Harimau Malaya Di Landasan Muncul 5 Pasukan Terbaik Asia

- Advertisement -

TAHUN kedua pentadbiran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di bawah teraju Datuk Hamidin Mohd Amin menyaksikan Peta Hala Tuju F:30 terus berada pada laluan yang tepat dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai lima negara terbaik Asia menjelang 2030.

Badan induk itu jelas bergerak pantas dalam memastikan semua perancangan diberi perhatian sewajarnya yang menyaksikan ia merancakkan lagi beberapa misi utama yang diletakkan dalam F:30 khususnya membabitkan teras pembangunan bola sepak menerusi Piagam Kejurulatihan Malaysia dan Piagam Pengadil Profesional.

Sebagai rekod, piagam kejurulatihan yang memfokuskan untuk membangunkan standard jurulatih tempatan terus disemarakkan menerusi kursus kejurulatihan Diploma Profesional Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2019-2020 (Modul Keempat) yang berlangsung, Oktober lalu.

Seramai 20 jurulatih menyertai kursus terbabit dengan modulnya membabitkan lawatan ke dua pasukan di Jepun yang berpangkalan di Osaka iatu Cerezo Osaka dan Saitama iaitu Omiya Ardija.

Selain itu, Piagam Pengadil Profesional turut menyaksikan perkembangan positif selepas FAM mengumumkan pelancaran projek pengadil profesional yang dinamakan Sistem Pengadil Profesional Malaysia (MProRS) dengan enam pengadil disenarai pendek untuk menjadi perintis kepada projek itu.

Dilancarkan pada Mac lalu, Hamidin berkata MProRS membawa misi yang cukup besar untuk menjadikan pengadil dari Malaysia sebagai mercu tanda pengadilan Asia.

Selain itu, kerjasama lebih kukuh dengan Persekutuan Bolasepak Jepun (JFA) membolehkan sesi perkongsian diadakan di antara pengadil Jepun dan pengadil Malaysia dengan tiga pengadil dari negara Matahari Terbit itu turut dipilih mengadili perlawanan akhir Piala FA 2019.

Bukan itu sahaja, pembangunan akar umbi turut menerima ‘tempias’ hasil kerjasama dengan JFA apabila empat pemain muda negara diberi peluang menjalani latihan di Cerezo Osaka pada September lalu iaitu Luqman Hakim Shamsudin, Muhammad Firdaus Kaironnisam, Harith Haiqal Adam Afkar dan Ali Imran Sukari.

Malah, Luqman dan dua lagi pemain iaitu Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman dan Ahmad Zikri Mohd Khalili turut ‘dihantar’ ke Akademi JFA dan FC Tokyo sebagai pendedahan untuk mereka membiasakan diri dengan corak latihan dan permainan serta cara hidup di sana jika mereka berpeluang beraksi di Liga Jepun pada masa akan datang.

Dalam masa sama, FAM terus mengorak langkah untuk terus memperkasa skuad kebangsaan dan kali ini, FAM berjaya mendapatkan seorang lagi pemain naturalisasi dari Kosovo iaitu Liridon Krasniqi yang secara rasminya menjadi warga negara Malaysia selepas ‘harimau import’ pertama, Mohammadou Sumareh.

“Wabak COVID-19 memperlahankan proses sedia ada tetapi di bawah Hamidin, FAM yakin akan memulihkan semula keadaan untuk memastikan perencanaan ke arah F:30 bergerak di landasan yang betul,” kata badan induk itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat