Sempadan Malaysia – Singapura Dibuka Bersyarat

- Advertisement -

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussien mengumumkan pembukaan sempadan Malaysia-Singapura mulai 10 Ogos 2020 dengan beberapa peraturan dan kawalan.

Dalam kenyataan bersama Hishammudin dan Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan, kerajaan Malaysia dan Singapura bersetuju untuk membenarkan perjalanan rentas sempadan menerusi Reciprocal Green Lane (RGL) dan Periodic Commuting Arrangement (PCA) bermula 10 Ogos 2020.

RGL atau Laluan Hijau Timbal Balik membolehkan rakyat Malaysia dan Singapura melakukan perjalanan ke Malaysia dan Singapura atas urusan rasmi dan urusan perniagaan penting.

Manakala PCA atau Pengaturan Ulang Alik Berkala membenarkan rakyat Malaysia dan Singapura yang memegang pas imigresen jangka panjang untuk memasuki Malaysia dan Singapura untuk bekerja. Mereka boleh kembali ke negara asal untuk cuti jangka pendek setelah menghabiskan masa tiga bulan berturut-turut di negara tempat mereka bekerja. Selepas cuti jangka pendek tamat, mereka akan dibenarkan masuk semula ke negara tempat berkerja.

Mereka yang memenuhi syarat untuk melakukan perjalanan rentas sempadan di bawah kedua-dua kategori ini perlu mematuhi protokol kesihatan yang telah dipersetujui kedua-dua negara. Perincian berhubung protokol ini sedang dibuat oleh pihak berkepentingan kedua-dua negara.

Kenyataan bersama itu juga menegaskan Malaysia dan Singapura sedang berbincang untuk melaksanakan kategori perjalanan rentas sempadan yang lain termasuk cadangan perjalanan setiap hari untuk tujuan kerja.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat