RUU penggal tetap Parlimen cuma untungkan PM, Presiden Umno – Pejuang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Rang Undang-undang (RUU) penggal tetap Parlimen didakwa hanya akan menguntungkan dua individu iaitu Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Ketua Penerangan Pejuang, Rafique Rashid mendakwa lagi sekiranya Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak mempertahan Perdana Menteri kes terhadapnya mungkin dibongkar dan disambung sekali lagi.

“RUU ini hanya akan menguntungkan dua individu . Seorang Perdana Menteri kerana seolah merasakan ianya hak kelahiran beliau untuk jawatan tersebut.

“Seorang lagi Presiden Umno yang tahu sekiranya tidak mempertahan hak kelahiran Perdana Menteri tersebut kes terhadapnya mungkin dibongkar buka disambung sekali lagi. Itulah realitinya,” dakwa Rafique pada Isnin.

Akhirnya kata beliau, ini bukan untuk kestabilan, keyakinan, hala tuju panjang pertumbuhan negara sebaliknya demi dua individu sahaja samalah juga semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim disokong oleh Umno.

“RUU ini mesti dilihat pada realitinya. Bayangkan sekiranya seorang Perdana Menteri itu penyamun, pencuri, penyangak atau tiada kelayakan mentadbir serta tidak buat kerja hanya pandai buat kenyataan tetapi kerana penggalnya tetap ,kita tidak boleh menggantikannya.

“Jangan dek satu dua individu kita korbankan prinsip demokrasi kita,” bidas Rafique lagi.

Mengulas lanjut beliau berkata, menukar Perdana Menteri dibenarkan undang-undang.

“Begitu juga dengan situasi di mana seorang Perdana Menteri itu hilang sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat. Ianya dikenali sebagai Langkah 43(4). Perlembagaan Persekutuan membenarkannya.

“Kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang. Inilah situasi politik masa kini yang melanda Putrajaya.

“Sejak setahun yang lalu, hampir setiap waktu rakyat disajikan dengan kenyataan bahawa kerajaan campuran ini makin kuat dari 120 ke 148 ke 152 kerusi. Dua pertiga majoriti.

“Tetapi sejak kebelakangan ini , skrip berubah. Pelbagai komponen penyokong Perdana Menteri ke -10 mula keluar kenyataan yang bertentangan dengan keyakinan majoriti yang dikatakan selama ini,” katanya.

Terbaru katanya, RUU Penggal Tetap Parlimen.

“Ia dicadang secara terbuka oleh Zahid Presiden Umno merangkap Timbalan Perdana Menteri 1 dan disokong pula sepantas kilat oleh Datuk Seri Ahmad Maslan. Nampak Umno mencadang.

“Pagi ini keluar pula kenyataan dari Pengerusi Bersih badan NGO yang dulunya cukup kritikal kepada kerajaan kini dikemudi oleh bekas orang kuat ABIM faksi yang pro-Anwar Ibrahim.Bersih yang agak pro kerajaan kebelakangan ini menyokong penuh cadangan RUU ini.

“Tidak dinafikan, sekiranya ada satu bentuk jamiman kerajaan yang dibentuk itu kekal sepenggal penuh, ianya membawa kepada kestabilan negara. Ada masa mencukupi memastikan dasar-dasar negara tercapai, hala tuju dapat ditentusahkan dan membina keyakinan kepada pelabur,” ujarnya.

Tetapi soalnya, mengapakah RUU ini tidak dicadang dan diusul serta dibahaskan pada masa Tun Dr. Mahathir Mohamad digantikan pada Mac 2020?

“Mengapakah pula Umno dan Bersih dan pelbagai lagi pihak yang tiba-tiba celik undang-undang tidak mencadangnya secara agresif dan terbuka seperti beberapa hari kebelakangan ini semasa pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yaasin PM8 dan Datuk Seri Ismail Sabri PM9? Mengapakah waktu itu tiada usul dan perbahasan mengenai perkara ini?

“Persoalan ini penting. Kerana akhirnya kita sampai kepada situasi yang dibayangkan oleh Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan. Sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan
yang diamalkan di negara kita memberi kebebasan kepada ahli Dewan Rakyat untuk menyukat tahap kepercayaan serta sokongan pada seorang yang memegang jawatan Perdana Menteri.

“Pada masa yang sama ia juga diwujudkan untuk memastikan seorang Perdana Menteri itu tidak hanya kagum dengan jawatan dan membuat pelbagai retorik tanpa buat kerja.

“Hak kebebasan yang diberikan kepada ahli Dewan Rakyat untuk memilih dan seterusnya kekal menyokong (jika baik) dan/atau menarik sokongan ( jika gagal) dari Perdana Menteri adalah satu kebebasan yang perlu dikekalkan. Ini adalah kerana ahli Dewan Rakyat wakil kepada Rakyat. Dari Rakyat mereka timbul kepada Rakyat mereka mereka akan kembali. Perlu dengar denyut nadi susah senang Rakyat bukan hanya suara arahan ketua parti,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat