UNITEN Kampus Muadzam Shah kekal – MB Pahang

- Advertisement -

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Kerajaan Negeri Pahang bersama Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah bersetuju agar UNITEN Kampus Sultan Haji Ahmad Shah (KSHAS) terus dikekalkan di Muadzam Shah, Rompin.

Jelas Wan Rosdy, Keputusan itu dicapai hasil perbincangan bersama ketiga-tiga pihak yang dipengerusikan oleh beliau di Wisma Sri Pahang, Kuantan, pada Isnin.

“Dalam perbincangan tersebut pihak UNITEN juga turut bersetuju untuk mengekalkan 13 kursus di kampus berkenaan serta tidak menawarkan kursus yang sama di UNITEN kampus Bangi.

“Malah, pihak pengurusan universiti itu juga akan berusaha untuk menambah bilangan pelajar terutamanya pada sesi pendaftaran pelajar pada bulan Februari tahun ini,” katanya menerusi kenyataan Facebooknya.

Ujar Wan Rosdy lagi, selepas ini tidak timbul lagi isu universiti ini hendak ditutup.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri Pahang saya rasa bersyukur kerana isu ini telah mencapai kata sepakat dan dimuktamadkan secara bersama.

“Malah, Kerajaan Negeri juga bersedia untuk membantu UNITEN bagi memastikan kampus berkenaan terus kekal di Muadzam Shah yang menjadi pemangkin kepada pembangunan pesat di kawasan berkenaan.

“Saya berharap selepas ini tidak timbul lagi isu universiti ini hendak ditutup dan semua pihak akan berganding bahu bagi memastikan UNITEN di Muadzam Shah terus maju dan berkembang serta menjadi pilihan pelajar untuk melanjutkan pengajian,” katanya.

Terdahulu pada Rabu lepas, Kerajaan negeri Pahang tidak bersetuju Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Kampus Muadzam Shah ditutup.

Menurut Menteri Besarnya, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, kerajaan negeri akan terus mempertahankan supaya universiti yang ditubuhkan pada tahun 2001 ini terus beroperasi di Muadzam Shah.

Jelas Wan Rosdy, Penutupan pengoperasian UNITEN tersebut akan memberi implikasi yang tidak baik kepada anak-anak muda melanjutkan pelajaran dan merencatkan ekonomi setempat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat