Ramasamy rasis, tegur kerajaan jika tiada menteri India dalam Kabinet – Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Dr P Ramasamy sebagai rasis yang berjuang bukan sahaja untuk Malaysia tetapi juga untuk bangsa berketurunan India.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Ramasamy sering menuduh beliau rasis tetapi apabila meninggalkan parti berbilang kaum ia menubuh parti orang keturunan India.

“Dan apabila orang keturunan India tidak terdapat dalam Kabinet Kerajaan ia menegur kerajaan.

“Jikalau ia tidak utamakan orang keturunan India, apa salahnya jika tidak ada menteri keturunan India dalam Kabinet.

“Menteri bukan keturunan India juga Menteri Malaysia. Sebagai orang Malaysia tidak ada sebab kenapa tidak adanya menteri keturunan India bukan masalah,” tempelak Mahathir dalam kenyataannya pada Isnin.

Tegas Mahathir lagi, jika kerana tidak adanya menteri keturunan India dalam Kabinet ternampak tidak adil.

“Sebabnya tentulah kerana Ramasamy masih setia kepada kaum keturunan India.

“Ini bermakna Ramasamy rasis yang berjuang bukan sahaja untuk Malaysia tetapi juga untuk bangsa keturunan India,” katanya.

Semalam, bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Ramasamy mendakwa Dr Mahathir adalah arkitek utama dasar perkauman dan agama yang memecahbelahkan kumpulan etnik di negara ini.

Ramasamy berkata perdana menteri yang paling lama berkhidmat seolah-olah lupa bahawa dasar ‘divide and rule’ di negara ini adalah ciptaan beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat