Kenyataan Alexander disifatkan penting diri, Dr Akmal tuntut pemohonan maaf

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh menggesa Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menarik semula kenyataan beliau dan memohon maaf secara terbuka atas kenyataannya berkait Palestin.

Dr Akmal menyifatkan kenyataan Menteri Kerja Raya itu sebagai mementingkan diri dan tidak peduli dengan kekejaman yang sedang berlaku di Palestin.

“Saya kesal dengan kenyataan yang juga memperlihatkan sikap penting diri dan tiada kepedulian terhadap kekejaman yang sedang dilakukan kepada mereka di sana.

“Bercanggah sama sekali dengan aspirasi yang dibawa oleh Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri yang berada di Persidangan Khas OIC menegaskan kedudukan dan solidariti Malaysia terhadap Palestin.

“Malangnya salah seorang Menteri kabinetnya membuat kenyataan yang cukup dangkal dan kontradik dari semangat tersebut,” tegas Dr Akmal.

Ujar beliau, dalam keadaan warga Malaysia dan warga dunia berdukacita terhadap kekejaman yang melanda rakyat Palestin, kenyataan ini menambahkan lagi kekecewaan tersebut.

“Saya menggesa Alexander Nanta Linggi, sekiranya benar kenyataan ini dibuat, sila tarik semula dan memohon maaf secara terbuka,” gesa beliau.

Sebelum itu, Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Alexander Nanta Linggi berkata menghulurkan sumbangan dalam bentuk kewangan dan bekalan penting kepada mangsa perang lebih bermakna serta selamat bagi Sarawak.

Beliau menegaskan Sarawak tidak perlu menerima pelarian terutama dari negara yang terkenal dengan keganasan serta ‘dikuasai’ perasaan marah dan kebencian.

Susulan kenyataan Alexander itu, Dr Akmal memaklumkan beliau terbaca laporan berita yang menyatakan “Alexander Nanta Linggi has voiced strong support for the stance take by Sarawak activists and NGOs against the acceptance of Palestinian refugees into the state. Sarawak does not need to accept any refugees, particularly those from countries known for violence, anger and hatred”.

“We must be cautious in maintaining and nurturing our peaceful state where the people are now happily living in perfect harmony. We do not need any element that can sow negativity, divisiveness and hatred among Sarawakians. We are just a small country, we cannot be burdened by refugees. We still have many poor people of our own who need our full attention and care”.

“Adakah YB Menteri menyifatkan Palestin terkait sebagai “countries known for violence, anger and hatred”? Sebaliknya yang wajar disifatkan sebagai “violence, anger and hatred” adalah Israel bukan Palestin.

“Saya lihat tidak ada masalah sekiranya ada usaha untuk membantu mereka yang ditindas dan dizalimi ditawarkan perlindungan.

Dalam keadaan yang begitu sulit buat mereka nyawa melayang, adakah Malaysia tergamak membiarkan begitu sahaja? Soal beliau.

Untuk rekod, Alexander berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kenyataan bersama aktivis sosial yang juga Ketua Publisiti dan Penerangan Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak Peter John Jaban serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain, memberi ‘amaran’ kepada Kerajaan Sarawak mengenai kemungkinan pelarian Palestin memasuki negeri itu.

Menteri Kerja Raya itu berkata beliau menyokong sepenuh hati pendirian NGO itu.

“Kita mesti berhati-hati untuk mengekal dan memupuk keamanan negeri kita Sarawak. Kini rakyat bahagia hidup dalam harmoni yang sempurna. 

“Kita tidak perlukan sebarang unsur yang boleh menyemai elemen negatif, perpecahan dan kebencian dalam kalangan rakyat Sarawak akhirnya,” katanya.

Beliau menambah: “Mencegah lebih baik daripada merawat (kerana) kita tidak mahu menyesal pada masa depan.”

Ahli Parlimen Kapit itu menegaskan Sarawak seharusnya dan mesti memfokus kepada pembangunan sosioekonomi untuk manfaat serta kemakmuran rakyatnya sendiri.

“Kita hanyalah sebuah negara yang kecil, kita tidak boleh dibebani oleh pelarian. Masih ramai rakyat kita yang miskin, yang memerlukan perhatian dan penjagaan penuh,” tegasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat