FDI Catat Peningkatan Ketara, Malaysia Tetap Jadi Pilihan Pelabur – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia mencatatkan peningkatan ketara sejak Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil alih pentadbiran kerajaan, membuktikan negara ini tetap menjadi pilihan pelabur.

“FDI mencatatkan angka rekod tertinggi pada Suku ke-4 2021 dengan RM26.7 bilion. Kemudian disusuli dengan RM23.3 bilion pada Suku Pertama 2022.

“Dengan pengumuman terbaru kemasukan FDI pada Suku Kedua 2022 sebanyak RM24.1 bilion, jumlah pelaburan FDI selama sembilan bulan sahaja adalah sebanyak RM74.1 bilion,” kata Perdana Menteri ketika berucap di Konvensyen Wanita BN di Dewan Tun Hussien Onn, PWTC, hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata dalam tempoh sembilan bulan ini sahaja sudah mengatasi jumlah FDI tahunan pada tahun 2021, 2020, 2019 mahupun 2018.

“Maka janganlah kita termakan dengan dakwaan bahawa syarikat asing tidak minat lagi dengan Malaysia.

“Data menjadi saksi. Dan saya sendiri menjadi saksi, dalam lawatan-lawatan ke luar negara, mahupun apabila syarikat asing bertemu dengan saya di sini, ternyata jika kepimpinan negara terurus baik, Malaysia tetap menjadi pilihan utama pelabur.

“Bukan sahaja FDI, malah nilai jualan borong dan runcit kita juga mencatatkan prestasi terbaik sejak 2013 dengan data terkini RM132.8 bilion untuk Jun 2022.

“Nilai jualan sektor pembuatan pula tidak kurang hebatnya, melonjak 23.4 peratus kepada RM153.5 bilion juga pada Jun 2022.

“Semua angka yang saya sebut ini, serta data lain yang tidak sempat saya senaraikan, telah menyumbang kepada indikator paling besar yang diumumkan kelmarin iaitu Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kita, atau dalam erti kata lain pertumbuhan ekonomi negara untuk suku kedua 2022, memecut ke angka 8.9 peratus.

“Angka ini ialah yang paling tinggi di Asia Tenggara,” katanya.

Beliau berkata, perkembangan itu jelas membuktikan, sebarang dakwaan mengatakan bahawa ekonomi Malaysia tenat, atau pelabur lari dan sebagainya, amatlah tersasar.

“Di bawah Perdana Menteri dari BN, dibantu oleh jentera dari BN, dididik dengan cara dan budaya BN yang mementingkan rakyat, insyaAllah, ekonomi Malaysia lebih terpelihara,” tegasnya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat