Parlimen Akan Dibubarkan Selepas Dapat Laporan Penuh Kajian Sikap Pengundi – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memberi jaminan akan membubarkan Parlimen selepas memperoleh laporan penuh Kajian Sikap terhadap pengundi yang dibentangkan wanita Barisan Nasional (BN), lapor Kosmo.

Perdana Menteri berkata, Kajian Sikap ini dilakukan terhadap kesemua pengundi untuk melihat sama ada BN boleh menang atau sebaliknya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

“Saya mahu seluruh wanita dalam Komponen BN melaksanakan Kajian Sikap secara menyeluruh untuk mendapatkan data yang lengkap mengenai lawan kita pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Kita mahu data ini menjadi rujukan kerana kita tidak mahu masuk medan perang tanpa strategi yang tersusun dan rapi, kita hanya mahu kemenangan berpihak kepada kita,” ujarnya, dipetik dari laporan itu.

Jelas Perdana Menteri lagi, Kajian Sikap ini tidak boleh tertumpu kepada pengundi putih (penyokong BN) sahaja, bahkan meliputi pengundi hitam (atas pagar).

Tegas beliau, Kajian Sikap ini sebenarnya sudah dilaksanakan wanita UMNO setiap kali menjelangnya PRU.

“Hasil dapatan kali ini tidak boleh bergantung kepada wanita UMNO sahaja sebaliknya, wanita parti komponen seperti MCA dan MIC juga perlu turut sama membuat Kajian Sikap.

“Ini kerana kebanyakan negeri mempunyai pengundi yang bercampur (kaum) bukan sahaja pengundi melayu, jadi kita perlukan kerjasama semua parti komponen untuk membantu bagi memastikan BN menang pada PRU-15 nanti,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat