Israel, UAE ‘Menormalkan’ Hubungan Diplomatik Dengan Bantuan AS

- Advertisement -

ISRAEL dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan bahawa kedua negara secara rasmi telah menjalinkan hubungan diplomatik sepenuhnya dalam perjanjian yang diusahakan oleh Presiden AS Donald Trump.

Kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh AS, Israel dan UAE pada hari Khamis mengatakan bahawa perjanjian itu akan “memajukan perdamaian di rantau Timur Tengah dan merupakan bukti kepada diplomasi dan visi yang berani”.

Trump turut menaikkan kenyataan bersama itu dalam akaun Twitternya dan kemudian memberitahu wartawan di Rumah Putih bahawa ia adalah “saat yang benar-benar bersejarah”.

Tetapi seorang jurucakap Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengatakan kesepakatan itu adalah “pengkhianatan” dan harus dibatalkan.

Perjanjian ini menjadikan UAE sebagai negara ketiga selepas Mesir dan Jordan yang mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel.

Wakil kedua negara akan mengadakan pertemuan dalam beberapa minggu akan datang bagi membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut.

Berikutan termeterai hubungan diplomatik ini, Rumah Putih berkata, Israel bersetuju menangguhkan proses ‘mendaulatkan’ Tebing barat sebagai sebahagian Israel.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bersetuju dengan kenyataan tersebut tapi menegaskan perkara itu masih akan tetap dilaksanakan.

Netanyahu berkata bahawa dalam perjanjian dengan Trump, dia hanya “menunda” rancangannya, tetapi dia “tidak akan pernah melepaskan hak kita atas tanah kita” – Al Jazeera

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat