Lebih 1/2 Juta Dijangkiti, 23 Ribu Dah Mati, Trump Nafi Buat Silap

- Advertisement -

WASHINGTON: Sidang media Rumah Putih oleh Presiden Donald Trump dan pasukan petugas khas mengenai COVID-19 negara itu pagi tadi (waktu Malaysia), disifatkan CNN sebagai paling panas pernah berlaku sejak beliau menjadi Presiden.

Dalam sidang media itu, Trump menafikan sebarang kesilapannya sebagai Presiden dalam mengendalikan krisis berkenaan, di sebalik hakikat bahawa ia adalah yang terburuk di dunia sekarang – mengatasi Italy, bahkan China, dimana virus tersebut berasal pun.

Trump turut bertelagah dengan beberapa orang wartawan dalam sidang media itu yang cuba mendapatkan jawapan jujur darinya mengenai beberapa keputusan dan kenyataan yang pernah dibuatnya. Malah, dalam beberapa keadaan, Trump dilihat hilang sabar – sikap yang tidak boleh diterima oleh dunia kewartawanan negara berkenaan.

Sikap ini jelas CNN, seakan Trump cuba menulis semula sejarah dengan menafikan melakukan apa-apa kesilapan dalam menguruskan krisis berkaitan COVID-19 ini.

Trump dalam sidang media pagi tadi turut dituduh menyalahgunakan wang pembayar cukai apabila menghasilkan video propaganda yang menunjukkan ‘kejayaannya’ dalam menangani krisis tersebut.

Video berkenaan bagaimanapun jelas CNN, dianggap sebagai propaganda kerana tidak memasukkan beberapa komen Trump antara bulan Februari dan awal Mac yang jelas memandang rendah bahaya virus berkenaan.

Trump sepanjang Februari sehingga awal Mac dikatakan lebih gemar bermain politik dengan menyalahkan parti Demokrat, negara China – termasuk menggelarkan virus itu sebagai China virus, bukan Coronavirus; dari mengambil tindakan tegas untuk mengekang penyebaran virus tersebut lebih awal.

Apa pun, hakikat bahawa jumlah jangkitan di Amerika Syarikat adalah yang tertinggi di dunia dengan jumlah jangkitan di New York sahaja mengatasi jumlah jangkitan mana-mana negara di dunia,termasuk jumlah kematian yang sudah melebihi 23 ribu orang, dengan sendirinya menyatakan kegagalan Trump.

Perkara ini adalah amat malang sekali, terutama bagi seorang Presiden yang sedang dalam proses untuk dipilih semula.

(Nota pengarang: sikap Trump ini mengingatkan kita kepada ‘kelengahan’ sama dalam mengambil tindakan menyekat penyebaran virus ini yang pernah berlaku di negara kita. Cuma bezanya, tidak seperti rakyat Amerika, berlaku perubahan dalam pentadbiran sebelum keadaan menjadi parah)

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat