Chegubard Cabar Adik Anwar Ibrahim Perang Secara Terbuka

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin mencabar adik lelaki kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim agar ‘berperang’ secara terbuka.

Menurut Badrul, kebelakangan ini pihaknya sering diserang dengan pelbagai isu oleh Rosli Ibrahim.

“Sejak semalam bersungguh dalam beberapa group contohnya group AJAR dan group Pro 98, adik Anwar Ibrahim iaitu Ibrahim Rusli membelasah cheGuBard sebenarnya benda ni dah berlarutan sekian lama tapi saya diamkan.

“Kepada Rusli Ibrahim saya nak tanya sedia ke nak perang terbuka ? Nak main londeh semua cerita dekat umum ke ? Ya mulut saya kurang ajar tapi saya kurang ajar berdepan.

“Tak puas hati main cakap depan, bukan main jolok belakang kalau nak main londeh semua bagi tahu sebab kalau saya londeh saya tak hilang apa sebab saya tak ada apa pun nak hilang,” ujarnya melalui laman Facebook sebentar tadi.

Badrul yang lebih dikenali sebagai CheguBard turut meminta agar Anwar menasihati adik dan anak perempuannya, Nurul Izzah Anwar agar berhenti menyerangnya.

“Minta Anwar nasihatkan sikit adik dia dan termasuk anak dia Nurul Izzah sekali jangan nak main terejah tembok tak pakai helmet sebab banyak buruk dari baiknya.

“Ya saya akui saya tak sokong Anwar lagi, tapi bila ada benda yang saya nampak ia “khianat” saya masih cuba bantu Anwar. Tapi kalau betul-betul nak bermusuh luar dalam sungguh sungguh habaq mai. Sebab saya biasa bergaduh ‘ala menang jadi arang kalah jadi abu’ ni.

“Kamu tahu apa yang aku kemam tak luah-luah, jangan sampai terluah semua,” ujarnya lagi.

Melalui kemaskini yang sama, Chegubard turut memuatkan 2 keping rakaman skrin layar perbualan di dalam satu kumpulan ‘Whatsapp’.

Melalui perbualan tersebut Rosli dilihat memuatnaik gambar yang mengelarkan Azmin Ali, Chegubard dan pengikutnya sebagai ‘Geng Rambut Longkang’. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat