Tiga Rakyat Malaysia Antara 386 Kes Baru Di Singapura Semalam

- Advertisement -

SINGAPURA: Tiga rakyat Malaysia, dikenalpasti antara 386 kes baru COVID19 di Singapura, lapor Kementerian Kesihatan (MOH) negara itu semalam.

Salah seorang daripada mereka, lelaki berusia 26 tahun, dikaitkan dengan satu kluster di sebuah hostel di Jalan Kubor yang setakat ini mencatat 7 kes.

Dua lagi setakat ini diklasifikasikan sebagai kes tidak berkaitan.

Menurut MOH, satu kluster berkaitan majlis makan malam persendirian di Safra Jurong pada 16 Februari, telah ditutup berikutan tiada lagi kes baru berkaitan kluster tersebut

Selain dari hostel, Singapura mempunyai 3 kluster baru termasuk 2 penginapan pekerja asing di Taman Teknologi Cresent dan penginapan Keranji di Keranji Way.

Penginapan S11 @ Punggol adalah kluster terbesar setakat ini di republik tersebut dengan 586 kes yang telah disahkan – Bernama

– SuaraTV

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat