China anggap AS buli apabila lulus RUU haramkan Tiktok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – China menuduh Amerika Syarikat (AS) menindas aplikasi TikTok susulan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat yang bertindak meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) yang akan memberi pemilik TikTok, ByteDance tempoh sekitar enam bulan supaya menarik balik aplikasi Tiktok di negara itu atau berdepan pengharaman.

Menurut jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin, pada hakikatnya AS “tidak pernah menemui bukti bahawa TikTok mengancam keselamatan negara.”

“Tingkah laku buli seperti ini yang tidak boleh menang dalam persaingan yang adil malah mengganggu aktiviti perniagaan biasa syarikat,juga merosakkan keyakinan pelabur antarabangsa dalam persekitaran pelaburan, serta merosakkan aturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa yang normal,” tegas Wenbin, lapor Agensi.

Kata Wenbin, tindakan ini akhirnya pasti akan kembali ‘menggigit Amerika Syarikat’ sendiri.

RUU itu diluluskan dengan undi 352-65, dengan 15 undi dari parti Republikan manakala 50 undi dari parti Demokrat yang menentang.

Perkara itu turut mendapat perhatian media China dengan beberapa akhbar memaparkan kartun satira mempersenda usaha AS untuk mengharamkan aplikasi itu.

Sebuah akhbar, Global Times, menuduh tindakan AS itu sebagai “kurang manis” dan menyalahgunakan “konsep keselamatan negara” untuk merampas aplikasi itu “dengan kekerasan”.

Seperti platform media sosial lain, TikTok diharamkan di China.

Pengguna di negara itu menggunakan aplikasi serupa, Douyin, yang hanya tersedia di China dan tertakluk pada pemantauan dan penapisan oleh kerajaan.

TikTok dimiliki oleh firma berdaftar Kepulauan Cayman yang berpangkalan di Beijing, Byte Dance.

Jika RUU AS menjadi undang-undang, ByteDance akan dikehendaki menjual TikTok dalam tempoh enam bulan atau menghadapi larangan daripada gedung aplikasi AS dan platform pemilikan web.

Minggu lalu, TikTok mengedarkan mesej kepada ramai pengguna di pasaran AS, menyeru mereka memanggil wakil mereka untuk menghalang kerajaan daripada melucutkan “170 juta rakyat Amerika hak Perlembagaan mereka untuk bebas bersuara.”

Ini seterusnya mendorong surat daripada Jawatankuasa Pilihan Dewan China yang memberitahu syarikat itu untuk berhenti “menyebarkan tuntutan palsu dalam kempennya untuk memanipulasi dan menggerakkan rakyat Amerika bagi pihak Parti Komunis China”.

TikTok telah menafikan ia mempunyai sebarang kaitan dengan kerajaan China dan berkata ia telah melakukan penstrukturan semula syarikat itu untuk menyimpan data AS di negara Uncle Sam itu.

Bekas Presiden AS, Donald Trump juga pernah berusaha mengharamkan aplikasi itu pada 2020, namun, tidak berjaya.

Pada Selasa, Trump menentang larangan itu dengan mendakwa, tindakan itu hanya akan menguntungkan Facebook.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat