Tindakan Kerajaan Menyiasat Dr. Teo Kok Seong Menyekat Kebebasan Akademik.

- Advertisement -

Oleh: Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin

Baru-baru ini tular kenyataan Prof Emeritus Dr. Teo Kok Seong yang menyatakan bahawa majoriti kaum Cina di Malaysia memandang rendah etnik lain khususnya orang-orang Melayu/Bumiputera, yang mana kenyataan beliau ini telah mendapat respon negatif daripada pemimpin DAP Pusat antaranya adalah Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang menyeru kepada kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap Dr. Teo.

Kini dilaporkan Kerajaan Malaysia dibawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) telahpun mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat ahli akademik tersebut dibawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia 1998.

Pada hemat saya, tindakan yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia atas “permohonan” DAP ini adalah satu perbuatan yang menyekat kebebasan akademik.

Sekiranya perkara ini dibiarkan, ia bakal merosakkan perkembangan institusi pendidikan di negara ini dan merencatkan agenda penyatuan antara kaum di Malaysia.

Perkara yang dinyatakan oleh Dr. Teo adalah fakta yang harus kita terima sekalipun pahit kerana ianya adalah benar dan perkara ini boleh dilihat secara terus di laman-laman sosial melalui ruangan komen dalam Bahasa Mandarin.

Sebagai sebuah negara majmuk, perkara ini wajib dijadikan pedoman oleh semua pihak khususnya kerajaan persekutuan bagi mengenalpasti masalah-masalah yang boleh membantutkan usaha perpaduan di negara ini.

Sikap kerajaan yang cuba memberi tekanan terhadap Dr. Teo dengan mengenakan siasatan jenayah terhadap beliau adalah tindakan yang amat dangkal dan tidak matang.

Tindakan kerajaan yang dilihat cuba membuli Dr. Teo atas “arahan” pemimpin-pemimpin DAP ini jelas menunjukkan jentera kerajaan telah dimanipulasikan tanpa mengambil kira prinsip demokrasi dan hak asasi yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia.

Dr. Teo bukanlah seorang ahli politik dan setahu saya beliau tidak pernah terlibat dalam mana-mana gerakan politikal atau subversif yang boleh mengancam keselamatan atau keharmonian negara.

Tetapi, mungkin kerana tidak mampu untuk menerima fakta yang dinyatakan oleh beliau, kerajaan lebih senang untuk menyerang beliau secara peribadi berbanding mengambil iktibar dengan apa yang telah dinyatakan oleh ahli akademik tersohor itu.

Tindakan untuk menyiasat Dr. Teo ini adalah satu penyiasatan terpilih (selective investigation) yang dilakukan atas niat yang amat jahat.

Pemimpin-pemimpin dari kerajaan (khususnya dari Parti DAP) sebelum ini juga telah banyak mengeluarkan kenyataan kontroversi, malah ada yang terang-terangan menyebut tentang isu 3R (Race, Religion and Royalty), namun tiada siasatan atau tindakan langsung dikenakan terhadap mereka.

Sebagai rakyat Malaysia yang benar-benar mencintai negara ini, kita harus menghargai, meraikan dan menyokong usaha Dr. Teo untuk menyedarkan semua pihak tentang situasi sebenar perhubungan antara kaum yang berlaku di peringkat akar umbi.

Sikap prejudis antara kaum harus dihapuskan dan usaha ini hanya akan dapat dicapai sekiranya kita sebagai sebuah negara sanggup mengakui permasalahan atau kelemahan yang sedang berlaku di dalam masyarakat Malaysia pada ketika ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat