Harumkan nama Malaysia, Michelle Yeoh layak diraikan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Lakaran sejarah dikecapi aktres Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, 61, apabila menjadi bintang Asia pertama merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95 yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), semalam, menjadi perdebatan ramai.

Susulan itu, beberapa pihak membangkitkan sambutan luar biasa terhadap kejayaan aktres kelahiran Ipoh, Perak itu.

Persatuan Aspirasi Oscar Malaysia (ASPIRASI) menjelaskan, ia wajar diadakan kerana Yeoh adalah anak kelahiran Malaysia.

Pengerusi ASPIRASI, Syed Zulkifli Syed Masir berkata, biarpun Yeoh memulakan kerjaya lakonan di Hong Kong dan tidak terbabit dalam industri perfileman negara, namun beliau tidak pernah menukar kewarganegaraan.

Malah, katanya, Yeoh tetap memilih kekal dan mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Benar, Yeoh bermula di Hong Kong dan bukan Malaysia. Bagaimanapun, perlu diingat Yeoh menerima lesen untuk memulakan kerjayanya di Hollywood menerusi gelaran Miss Malaysia.

“Kita boleh meraikan rakyat yang mendapat pendidikan awal di Malaysia, kemudian melanjutkan pelajaran ke universiti berprestij di luar negara dan menjadi pakar dalam bidang terkemuka di seluruh dunia, adakah kita tidak harus meraikan kejayaan mereka?

“Ramai pakar perfileman dilahirkan di Malaysia bekerja di luar negara, malah ada yang menjadi terkenal, tetapi tidak ada yang menyatakan kebanggaan sebagai rakyat Malaysia dengan begitu bersemangat seperti dilakukan Yeoh dalam kebanyakan temu bual bersamanya.

“Mereka yang mengatakan Yeoh tidak layak dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik, Oscar Ke-95 adalah tidak adil sekiranya tidak menonton filem Everything Everywhere All At Once,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Syed Zulkifli berharap, pihak yang berpendapat kejayaan Yeoh tidak layak diraikan mempertimbangkan semula pandangan kerana apa yang diraihnya bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi mewakili Malaysia di persada antarabangsa.
Syed Zulkifli berharap, pihak yang berpendapat kejayaan Yeoh tidak layak diraikan mempertimbangkan semula pandangan kerana apa yang diraihnya bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi mewakili Malaysia di persada antarabangsa.

 

Dalam masa sama, Syed Zulkifli berharap, pihak yang berpendapat pencapaian Yeoh tidak layak diraikan mempertimbangkan semula pandangan seperti itu kerana apa yang diraihnya bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi mewakili Malaysia di persada antarabangsa.

“Ia adalah peringatan rakyat Malaysia berpotensi untuk cemerlang dalam apa jugaa bidang, tak kira di mana kerjaya bermula.

“Marilah kita meraikan kejayaan Yeoh dan terus menyokong rakyat Malaysia yang berusaha untuk mencipta kejayaan di persada dunia.

“Kita harus melihat detik ini sebagai seruan untuk bertindak dengan menilai semula strategi dan berusaha bersungguh-sungguh ke arah mengangkat filem tempatan ke tahap pengiktirafan tertinggi seperti Oscar,” katanya.

Terdahulu, Yeoh membawa watak Evelyn Quan Wang menerusi filem Everything Everywhere All At Once mencipta rekod sebagai bintang Asia pertama meraih trofi bagi kategori itu dalam sejarah Oscar.

Yeoh menewaskan empat calon hebat lain iaitu Andrea Riseborough yang membintangi filem To Leslie; Cate Blanchett (Tar); Michelle Williams (The Fabelmans) dan Ana de Armas (Blonde).

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat