Kamal Adli stabil, kepala masih berbalut

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon, Kamal Adli kini semakin stabil, namun, masih dalam proses rawatan.

Khabar itu dikongsikan Kamal menerusi hantaran di Instagramnya sebentar tadi.

“Alhamdulillah, amin, Kamal semakin stabil, tapi masih di bawah rawatan untuk tahan sakit, nanah, lebam di badan dan dijaga isteri saya,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Kamal turut mengucapkan terima kasih atas doa semua pihak untuk kesejahteraannya di samping peringatan untuk sama-sama menjaga keselamatan.

“Terima kasih atas doa kalian terutamanya artis-artis di gerai jualan dan juga orang-orang Malaysia dan Singapura yang menolong Kamal.

“Cuma, Kamal harap, semua orang tolong jaga keselamatan kerana kita tak tahu siapa suka atau benci kita,” tulisnya.

Kamal turut memohon doa untuk isterinya, Uqasha Senrose yang kini masih lagi trauma disebabkan insiden serangan itu.

“Doakan untuk isteri saya yang masih trauma kerana isu ini. Saya sayang isteri saya.

“Yang ketuk saya, seorang sahaja, bukan satu Singapura. Jangan bergaduh,” tulisnya.

Hantaran itu turut disertakan dengan foto terbaharu Kamal, yang sedang duduk di katil dengan bahagian kepalanya berbalut.

Terdahulu, Kamal diserang individu tidak dikenali dan cedera parah ketika berada dekat ekspo di Singapura pada malam Ahad lalu.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat