Papan induk kelas prestasi

- Advertisement -

Pemilihan papan induk sama pentingnya dengan pemilihan cip pemproses kerana ia akan mengukur tahap keupayaan sesebuah desktop khususnya untuk kelas prestasi serta kelas permainan.

Untuk itu, jenama perkakas kelas permainan terkemuka, MSI memperkenalkan papan induk daripada generasi MAG B760M Mortar WiFi yang menyokong soket pemproses Intel Generasi ke-13 tanpa sebarang masalah.

Papan induk ini didatangkan dengan teknologi ‘Core Boost’ bersama enam lapisan PCS bersama tembaga khusus untuk memberikan kestabilan arus bersama jangka hayat perkakas lebih tahan lama.

Bagi mengekalkan suhu paling optimum untuk papan induk ini, ia dilengkapi dengan sinki haba diperluaskan pada bahagian pemuka sambungan (IO Interface) serta tiga lagi di bahagian atas dan bawah.

MAG B760M Mortar WiFi ini juga dilengkapi dengan M.2 Pelindung Frozr (Shield Frozr) untuk mengelakkan storan binaan berkenaan mengalami suhu tinggi sekali gus menjejaskan prestasi.

Pengguna juga boleh melakukan talaan prestasi menerusi perisian terbina dan sebarang tetapan seperti kelajuan kipas, versi Bios dan sebagainya boleh diimbas menerusi perisian berkenaan.

Mungkin ada dalam kalangan pengguna yang mahukan sistem penyejukan sendiri, papan induk ini turut dilengkapi dengan soket kipas pam.

Mengikut trend terkini, pengguna boleh melakukan penyeragaman warga RGB menerusi perisian MSI Center.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat