“Anwar cuma pesan jangan kritik raja, bangkang hal lain tak kisah” – Hassan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dilabel ‘maverick’ atau penentang dalam parti PKR, ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim memuji Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertindak terbuka dengan membawa wajah demokrat.

Dalam podcast Keluar Sekejap, Hassan berkongsi sikap keterbukaan Anwar yang tidak menghalang beliau yang berhaluan kiri dalam parti dan juga kritikannya.

“Saya nak beritahu, Anwar ini bersikap terbuka. Dia (Anwar) pernah telefon saya (katanya) Hassan nak tulis, tulislah, nak ucap, ucaplah, kritik dia pun tak pa, kritik kerajaan dia tak pa.

“Dia minta satu perkara jangan buatlah iaitu jangan kritik Raja, itu concern (kekhuatiran) dia,” ujar Hassan sambil memuji sikap terbuka Perdana Menteri.

Menceritakan persahabatan lamanya dengan Anwar, Hassan memberitahu dalam setiap kritikannya adalah nasihat untuk Anwar dan berharap catatannya dibaca oleh Perdana Menteri itu.

“Secara lembut berpuisi, pimpinan daripada parti saya sendiri, PKR dia dapat merenung semula sebab terutama saudara Anwar. Saya setia menyokong dia bukan setakat reformasi 1998 dipecat sebelum 1973 saya di universiti dari saat itu.

“Pada waktu reformasi itu dulu saya menghasilkan antologi koleksi sajak dedikasi kepada beliau.

“Jadi maknanya saya berharap, pimpinan ini…sekarang ini suka tak suka, bagi PKR tak ada pimpinan yang lain, pelapis – maknanya kita perlukan dia (Anwar) dan dalam kerajaan juga ada kelemahan dia, ada kekurangan dia. Gading mana tak retak?

“Peranan dia masih boleh, saya rasa sekurang-kurangnya ada kawan yang kenal dia, jadi saya menulis puisi dan mungkin dia baca, harap begitulah,” ujar Hassan lagi.

Bukan cuma itu, sebagai otai dalam PKR, Hassan menyimpan hasrat the real Anwar Ibrahim akan muncul, maksudnya sosok Anwar pejuang reformasi yang diharapkan akan bangkit semula untuk mengemudi kerajaan.

“Saya boleh kata kepimpinan itu pun mengambil masa, mungkin 24 Nov ini genap 2 tahun Anwar jadi Perdana Menteri dan kalau tiada apa-apa masalah besar mungkin sampai ke pilihan raya akan datang.

“Jadi, saya memujuk diri, sabarlah bagi peluang kepada Anwar. Berat mata memandang, berat lagi bahu Anwar memikul. Jadi kesian juga, bagilah peluang.

“Mungkin ada masa berbaki 2,3 tahun ini ke arah yang kembalinya Anwar yang kita harapkan, (buat masa ini) bagi peluang kepada dia,” kata Hassan.

Mengulas lanjut, Hassan memberitahu perjuangan Anwar membela rakyat susah itu bukan sandiwara.

Sebaliknya, itu adalah perjuangan asas Anwar sejak dulu.

“Satu perkara yang positif jika PM konsisten buat sungguh-sungguh, mungkin setahun dua akan datang, mula akan nampak.

“Beliau cuba untuk mengatasi hutang negara, nak kurangkan defisit fizikal, jaga kos sara hidup agar terkawal. Termasuk juga usaha dia (menaikkan) gaji kakitangan awam, golongan miskin.

“Apa yang Anwar cakap nak bantu B40 ini bukan sandiwara ini betul, kita kena hormat… dari muda lagi memang di situ (perjuangan beliau).

“Kalau usahakan dalam track yang betul walaupun kapitalis tapi janganlah kapitalis yang tak ada wajah manusia tapi yang bersikap boleh mewujudkan welfare, kita doakan berjaya,” ucap Hassan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat