Tun Daim Zainuddin meninggal dunia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia di Hospital Assunta, Petaling Jaya, hari ini pada usia 86 tahun.

Perkara itu disahkan peguamnya, Datuk Dr Gurdial Singh Nijar.

Allahyarham meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Media melaporkan, pengebumian Allahyarham akan dibuat pagi ini.

“Ya. Benar dia meninggal dunia. Dia mengalami strok baru-baru ini dan diletakkan di unit rawatan rapi (ICU). Belum ada maklumat lanjut,” kata Gurdial.

Daim berkhidmat sebagai Menteri Kewangan dua kali, yang pertama dari 1984 hingga 1991 di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di mana beliau memainkan peranan penting dalam mengurus ekonomi Malaysia dan melaksanakan pelarasan struktur.

Beliau kemudian kembali untuk penggal kedua dari 1999 hingga 2001, sekali lagi di bawah Dr Mahathir, untuk menangani isu ekonomi berikutan krisis kewangan Asia.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat