Tak selamatkan NFC, daging import terus kuasai pasaran

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kegagalan projek pedaging atau juga dikenali sebagai Pusat Fidlot Nasional (NFC) didakwa menguntungkan pedagang daging import.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkongsi satu hantaran akaun Facebook, Ana Mashyur yang membuat penjelasan berkenaan NFC, dan ia disifatkan Najib sebagai satu ulasan yang agak tepat.

Dalam petikan ulasan Ana Mashyur itu dia menceritakan kronologi NFC dan cabaran yang didepani penternak lembu.

“Masa isu NFC meletup, aku sudah giat terlibat dalam sektor ternakan ruminan. Dari apa yang aku faham NFC satu usaha yang bagus untuk mencukupkan daging segar dalam pasaran tempatan.

“Dikhabarkan dalam perjanjian, fasiliti utama disediakan oleh NFC manakala ladang-ladang satelite disediakan oleh kerajaan bagi kawasan meragut lembu-lembu,” catatnya.

Namun katanya lagi, apabila melibatkan kerajaan, pergerakan projek agak perlahan dan hampir tidak bergerak membuatkan dana yang ada sekadar untung 3 peratus dalam akaun digunakan untuk menjana pendapatan lebih besar sementara kerajaaan menyiapkan ladang-ladang satelite seperti dalam perjanjian.

Untuk rekod, ladang satelit merupakan ladang lembu yang tidak berpusat bagi menghasilkan bekalan daging.

Kata Ana Mashyur lagi, dari sudut pandang perniagaan memang seharusnya begitu, buat apa simpan duit mati dalam akaun kalau ia boleh dikembangkan, tapi sudut pandang politik dan undang-undang adalah berlainan.

“Ditambah pula kalau projek ini berjaya macam Farm Fresh hingga boleh disenaraikan di Bursa malaysia. Ia memungkinkan akan mengurangkan kemasukkan daging import yang sedang menguasai pasaran daging tempatan.

“Bagi memastikan import daging pada kadar yang tinggi untuk menjana kekayaan lebih besar, sesuatu perlu diusahakan untuk mematikan NFC agar tidak menjadi pesaing kepada pemain-pemain semasa,” catatnya.

Tambahnya, dengan kelemahan-kelemahan yang timbul, ia dijadikan propaganda untuk menjahanamkannya.

“Akhirnya isu NFC meletup dan berjaya menggagalkannya. Berjaya la pemain-pemain daging import tempatan membunuh pesaingnya.

“Namun sayang bagi negara, orang-orang kampung yang terlibat dan seluruh rakyat.

“Bagus-bagus ada ladang daging segar bertaraf MNC, ada peluang pekerjaan pada penduduk setempat, rakyat boleh makan daging segar banding daging import kuda dan kanggaro, semuanya musnah,” katanya.

Ujarnya, sekarang, kekal kita makan daging import dan mereka terus menguasai pasaran daging import.

Baru-baru ini Najib mendedahkan bahawa bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menjadi punca kemelut projek NFC gagal dimuktamadkan.

Najib mendakwa selepas PRU14, syarikat NFC telah menulis kepada kerajaan untuk meminta kelulusan untuk pihak baru mengambil alih projek ternakan berkenaan.

Kata beliau, pembeli baru ini dikatakan mempunyai kekuatan kewangan serta pelan menyeluruh untuk meneruskan dan menjayakan projek NFC.

“Tetapi, Menteri Kewangan Pakatan Harapan (PH) Lim Guan Eng tidak mahu memberi kelulusan.

“Sebaliknya, mereka mengambil tindakan untuk meneruskan saman sivil untuk menuntut syarikat NFC untuk membayar balik seluruh pinjaman itu.

“Tindakan ini boleh dianggap pelik jika niat dan keutamaan ialah untuk mendapat balik dana tersebut dan menjayakan projek,” dedah beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat