Sabah benarkan rentas daerah esok, rentas negeri bulan depan – Hajiji

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan negeri Sabah hari ini memutuskan untuk melonggarkan peraturan sekatan perjalanan bagi mereka yang telah lengkap divaksin.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, mulai esok (14 Oktober), aktiviti rentas daerah tanpa perlu mengikut zon akan dibenarkan untuk golongan dewasa yang telah lengkap divaksinasi sepenuhnya.

Kebenaran juga diberikan kepada anak-anak mereka di bawah 12 tahun, serta remaja berusia 12 hingga 18 tahun yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Hajiji berkata pihaknya juga bersetuju untuk memberi kebenaran merentas negeri yang akan berkuat kuasa bermula 1 November kelak.

“Kemasukan ke Sabah meliputi lawatan sosial dan pelancongan adalah dibenarkan juga dengan beberapa syarat.

“Individu haruslah telah lengkap divaksin dan perlu menjalani ujian Covid-19 RT-PCR atau RTK-Ag dalam tempoh tiga hari sebelum perjalanan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Hajiji, kerajaan negeri berpuas hati dengan laporan peratus vaksinasi lengkap negeri setakat hari ini yang telah dikeluarkan Jawatankuasa Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) telah mencapai melebihi 70 peratus.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat