Lepas syarat minimum PKSK semua murid layak mohon SBP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Semua murid warganegara sama ada dari Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) mahupun Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) termasuk sekolah swasta layak untuk memohon kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bermula tahun 2020 bagi sesi persekolahan tahun 2021.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, semua murid warganegara yang berdaftar dengan sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dari SJK, SABK atau sekolah swasta adalah layak untuk memohon kemasukan ke SBP bermula tahun 2020 bagi sesi persekolahan tahun 2021.

“Syarat pemilihan murid ke SBP adalah melepasi syarat minimum Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan aktif dalam aktiviti kokurikulum. Penawaran kemasukan ke SBP pula adalah tertakluk kepada dasar pemilihan SBP, iaitu 60 peratus murid dari keluarga B40,” katanya di Dewan Negara pada Rabu.

Beliau menjawab soalan Datuk T. Mohan yang bertanya justifikasi pelajar daripada sekolah kebangsaan sahaja dibenarkan untuk memohon ke SBP
peringkat Tingkatan 1 namun, pelajar cemerlang dari aliran selain SK tidak dibenarkan.

Kata Radzi, sebelum tahun 2020, permohonan kemasukan ke SBP adalah mengambil kira keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Mulai tahun 2020, permohonan kemasukan ke SBP bagi sesi tahun 2021 adalah melalui kaedah single entry point, iaitu PKSK yang dijalankan secara dalam talian susulan daripada pemansuhan UPSR mulai tahun 2020.

“PKSK merupakan satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat dan dilaksanakan kepada murid yang memohon kemasukan ke Sekolah Khusus. Pentaksiran ini merangkumi tiga komponen utama iaitu Kecerdasan Insaniah, Kecerdasan Intelek dan artikulasi penulisan.

“Justeru, pelaksanaan PKSK telah membuka peluang kepada semua murid yang layak dari semua jenis sekolah di Malaysia,” katanya.

Radzi memberitahu, KPM sentiasa memberi perhatian dan mendokong dasar-dasar pendidikan yang ditetapkan oleh Kerajaan termasuk memastikan kejayaan lima aspirasi sistem pendidikan, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.

“KPM juga sentiasa melaksanakan tanggungjawab seperti yang dihasratkan dengan merangka dasar pengambilan yang lebih komprehensif tanpa sebarang
pengabaian kepada mana-mana pihak mahupun golongan masyarakat di negara ini,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat