Rafizi akui sependapat dengan Anwar dalam usaha baiki sekolah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Membaiki sekolah atau jalan mungkin dilihat tidak gah seperti umum projek mega tapi usaha itu ada kesan langsung yang positif kepada kehidupan rakyat.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, sebelum ini kerajaan terdahulu cenderung membiayai projek-projek mega dengan wang cukai rakyat yang akhirnya dibuktikan tidak mampan sebenarnya.

Justeru, di bawah Kerajaan Perpaduan, Kajian Separuh Penggal (KSP) RMKe-12 menggariskan lima sektor strategik High Growth High Value (HGHV) yang mampu bergerak sendiri tanpa perlukan suntikan wang yang terlalu besar daripada kerajaan dan lebihan-lebihan wang itu akhirnya kita boleh salurkan kepada rakyat.

“Kecenderungan pentadbiran-pentadbiran lepas dalam tempoh 10 -15 tahun lepas ialah untuk menjana ekonomi maka kerajaan perlu memperuntukkan pelaburan yang besar daripada wang cukai rakyat dalam projek-projek mega.

“Jadi dalam keadaan negara kita ada kekangan kewangan, kedudukan fiskal yang tak begitu kuat bila keputusan itu dibuat bahawa wang perlu disalurkan kepada projek-projek strategik yang mega untuk menjana ekonomi sudah tentu peruntukan untuk sebahagian besar kemudahan awam yang biasa untuk rakyat biasa orang kara kurang pelaburanlah under investedlah.

“Sebab itu kita tengok jalan kita orang selalu merungut kenapa berlubang, tandas sekolah, atap dan sebagainya,” katanya pada Rabu.

Rafizi malah mengakui kali ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau betul-betul sependapat bahawa kaedah itu perlu dihentikan.

Jelas Timbalan Presiden PKR itu lagi, pembangunan dan pertumbuhan ekonomi sepatutnya dijana oleh enjin-enjin ekonomi yang berkemampuan hidup sendiri tanpa suntikan wang yang keterlaluan daripada kerajaan.

“Cuma untuk itu berlaku, kita tak boleh kekal dengan industri yang sama, kita tak boleh
perah benda yang sama, habis dah keluar hasil daripada itu.

“Kita perlukan enjin pertumbuhan yang baru sebab itu dalam KSP ini kita menggariskan lima sektor strategik yang dipanggil HGHV yang kita pertaruhkan untuk menjana pertumbuhan ekonomi pada masa akan datang dan ini semua boleh diusahakan oleh swasta dengan pelaburan yang tidak terlalu besar oleh kerajaan.

“Bila keadaan ini berlaku maka kita boleh ada pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan kerana ia tidak bergantung kepada wang rakyat dan lebihan wang itulah yang sekarang ini kita telah agihkan dari 2023 ini dan seterusnya pada masa-masa akan datang supaya lebih banyak peruntukan daripada rakyat itu kembali kepada rakyat dalam bentuk kemudahan-kemudahan yang ada kesan setiap hari kepada rakyat.

“Misalnya tandas sekolah ada kesan setiap hari kepada rakyat, jalan-jalan kampung , jalan yang selama ini terbiar ada kesan setiap hari kepada rakyat dan ini boleh kita seimbangkan sekiranya kerajaan memberi tumpuan kepada sektor-sektor strategik yang baru ini adalah perkara yang paling penting sekali perbezaan pendekatan ekonomi Madani dengan yang ada sebelum-sebelum ini iaitu kita mahu menghasilkan enjin pertumbuhan yang hidup dengan sendiri oleh sektor swasta tanpa memerlukan suntikan rakyat supaya wang rakyat itu kembali kepada rakyat,” hurai Rafizi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat